Memaparkan catatan dengan label fatihah insyirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fatihah insyirah. Papar semua catatan

Khamis, Februari 16, 2012

Anak daraku dipinang orang

buktinyer ......
huyoo permata biru lagi kan...

amboi cik dah awalnyer nak bermenantu........
anak dara pun tak reti basuh pet pet lagi tu...kah..kah..kah....
umur baru nak masuk 4 tahun.....ada hati nak bermenantu awal...

cincin yang regenyer RM0.30........
beli cekedis dpt cincin......untung ma tak payah beli cincin ye nak...


## tahu tak gape tu cekedis??hahahha
makanan ringan yek teman2 sekalian....



Isnin, November 14, 2011

3 tahun dah pun anak dara cik dah ni....14/11

Assalamualaikum wrt wbt........

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN FATIHAH INSYIRAH
ALLAH SELAMATKAN KAMU...

alhamdulillah..........
14/11/2008 hari jumaat..


Selamat Ulangtahun Kelahiran Anakanda Fatihah Insyirah Bt Mohd Sani yang ke 3 tahun..
kejap jer masa berlalu...anak mama besar dah pun..
tiada kata seindah bahasa untukmu duhai anak
semoga kamu terus membesar,menjadi anak yang mendengar kata
sentiasa diberi kesihatan yang baik
insyaallah

^

^

^

gambar kenangan sejak dilahirkan hingga hari raya haji yang lepas
gambar hari ni takde sebab henpon cap hayam cik dah dah rosak


fatihah insyirah selepas 4 jam dilahirkan...sangat bulat muka dia..mata pun sepet..


9 bulan ..mata dia dah membesar tak sepet dah pun


 2 THN 4 BLN
masa kenduri anak sedara en sani kat kuantan..
sangat comey bila berbaju kurung & bertudung



RAYA HAJI 2011

masa ni balik beraya kat umah Atuk  di Felda Neram Satu
bersama Adam Iskandar anak abg cik dah


the latest picture takde....sob..sob..sob...



~bila dah besday anak ni mula la teringat masa nak bersalinkan dorang
2 pengalaman yang berbeza..yela anak kan baru 2

masa muizzuddin cik dah kena serahkan diri kat hospital pasal overdue 9 hari..masuk ubat tak jalan..last2 sianak kuar ikut tingkap

masa fatihah pulak overdue jugak tapi 7 hari jer
sempat merasa sakit bersalin dari awal pagi..asikla kuar tandas masuk tandas jer
masuk labour room pun sekejap jer lam 1 jam stgh jer terus bersalin


Khamis, September 22, 2011

Baju Lipat

hai korunk..........
cik dah ni asik tenggelam timbul jer kan.....
jangan tak timbul2 sudahla cik dah oii...
macam chipsmore pulak dah kan...
sejak akhir2 ni kemalasan memang menguasai diri nak berapdate
tapi korunk jangan risau cik dah rajin blogwalking...kih..kih...

nak citer pasal anak dara nan sorang tu
sekarang peel dia menjadi jadi pulak
penangan nak masuk usia baru kut bulan November nanti
bukanla perangai ngengada merengek2 tu
tapi perangai memilih baju
kalau sudah mandi tu dia akan cari sendiri baju yang dia berkenan
yang kiter bagi ni kena pujuk leklok baru dia pakai
sekarang ni dia asikla nak pakai "baju lipat"
baju lipat tu dia yang sebut = baju berkolar sebenarnya
meh nak tunjuk baju peberet dia

gambar petang semalam..masa ni cik dah baru balik dari keje
cik dah perasan asikla dia nak pakai baju ni
pagi jemur tengahari dah pakai
esok tanya lagi...ish..ish...
kadang2 dibantainyer baju berkolar abg long dia
nampak gayanyer kena cari tshirt girl berkolar la lepas ni



eh eh ada jugak dia yek
sebok suh amik gambar tangan dia tu...




p/s : rimas tengok rambut fatihah kat depan tu..serabai..geram wase nak potong
aritu potong dah sebab rambut belakang dia menegerbang macam hantu kak limah
potong ke tak potong erk rambut depan tu...




Rabu, Jun 29, 2011

WW~Muncung paling menawan di abad ini



takde keje mama kamu ni kan dik oii...
boleh wat sangkut baju  dah gayanyer tu yek kalu time ujan..

Ahad, Jun 26, 2011

fatihah berwajah baru

Assalamualaikum wrt wbt


kes serabut melihat keserabaian fatihah cik dah suh en sani kasi potong rambut dia
bila dah potong pendek mmg nampak lain
macam lelaki pun iyer jugak
kah..kah...kah
comey lagi tak adik?abah potong rambut adik macam abg long la plk..huhuhuhuhu
seb baik ada lesung batu pipit kan..kan.

lelaki ke perempuan ni hah?


fatihah sebelum di makeover..nampak serabai ngan rambut gelung2 (kerinting besor2)
tapi xpe ar kadang2 cik dah suka sebab leh ikat tocang rambut dia
tapi bila tengok yang sekarang punyer lain sangat2
macam baru usia setahun...padahal nak masuk 3 thn dah bulan november nanti
harap2 time raya nanti rambut fatihah kembali panjang
yang tak syoknyer rambut gelung tu la



Rabu, Jun 22, 2011

WW~ nak tumbuk sambal pun boleh ni



lesung batu anak dara cik dah
anak teruna pun ada

Selasa, Jun 21, 2011

olo olo manjanyer.....

Assalamualaikum wrt wbt


baru nak bersiaran
kemalasan melanda la ni
tapi bila buka blog takde entry baru cam tak syok pulak kan

ala layan jela aksi fatihah ngan kucing kesayangan dia
berkepit sokmo
cik dah yang lihat naik rimas kadang2

 aksi manja 2 pasangan hangit bercinta

 tengah serabai lagi ni kes lum mandi pagi
 cik dah tengah siap2 nak pegi keje
tengok pasangan ni tengah masyuk bercinta atas kerusi
 olo2 manjanyer


~pernah satu hari tu fatihah tolong bersihkan hidung kucing tu
yang penuh ngan taik hidung






Khamis, Mei 05, 2011

itik gembo gembo

cer korang tengok pipi anak dare cik dah ni
gembo gembo ke biasa jer?
gembo2 tu tembam yek
sebabnyer si abang long muiz selalu salah sangka
selalu tanya fatihah makan ape
pipi dia gembo gembo macam ada sesuatu makanan lam mulut 

fatihah ni dari lahir lagi muka dia bulat
sekarang suka makan
makanan yang ada tak pernah ditolak
banyak betul space
kiter pulak naik risau asik makan jer
abang long pulak tak wape nak makan sekarang ni
asik main ajer


gambar abang long muiz ngan fatihah masa kecik
hah kan gembo2 tu pipinyer

Rabu, Mei 04, 2011

pekerja baru buruh binaan

balik kampung baru2 ni ayah renovate umah sikit
dinding2 papan seme ayah buang
gantikan dengan bata pulak
papan2 dinding tu seme mereput dimakan anai anai
ayah upah mat indon buat seme tu
tiba2 datang cewek terkedek2
siap pakai helmet kuning lagi
buruh binaan baru agaknyer
cewek datang dari mana ntah

smart ar ngan helmet kuning tu
betul2 macam buruh binaan umah
skali tengokk kat kaki terbalik pakai sandal
kih..kih...
okk mari kiter zoom wajah cewek itu
hah inila dia...comey dak?









Sabtu, Mac 26, 2011

Anak tak serupa mak ler pulak!!

cik dah memang tak wape gemar dekat ngan kucing
dan jangan harapla cik dah nak dukung bagai
tak suke..tak suke
tapi terbalik pulak
anak dara ngan anak teruna cik dah penggemar setia kucing
mengikut perangai mak mertua cik dah
walaupun cik dah tak suke kucing
 takde la wat khianat sepak terajang kucing tu
cik dah minat dari jauh ajer
kan fatihah kan..kan...
sian kucing ni tau
ntah nama ape ntah..ketot agaknyer
sebab ekor dia kontot
fatihah suka benor buli kucing ni
dukung,dakap,golek2 atas tilam
kadang2 cik dah pulak naik rimas
pipi dia kadang2 calar jgk kena cakar kucing
 kucing ni la yang bertetek ikut suka hati aje tu
seb baik ibu kucing tu kasi tetek dia









Selasa, Mac 08, 2011

Sunyi sepi tanpa senda gurau mu

anak dara kesayangan cik dah demam mengejut semalam
mak mertua cakap start kul 2 petang  lepas bangun dari tido
cik dah rase sebab cuaca terlampau panas
tu yang tiba2 demam
cik dah balik keje semalam tak disambut pun
tu yang pelik
abang long cakap adik demam
cepat 2 naik umah tengok adik melepek kat tilam
huhhu sedih hati melihatnyer
ajak makan tak mau...asik nak tido ajer
sunyi umah tak bergurau 2 ngan dia
so malam tadi barut perut fatihah ngan daun ape tah (lupa nama) + kapur
daun tu untuk ubat cacing @ kembung perut
sambil tu jelum kepala ngan air asam jawa
disebabkan dia dah tido banyak
pagi tadi dia bangun awal 6.30 pagi
cik dah buatkan air milo pastu biskut 2 keping
lapar agaknyer..pahtu mintak nasi
sian plk...dah makan tu cik dah tanya la fatihah nape demam
dia cakap demam sebab main panas
tula suka sangat main kat luar umah
arini seb baik hujan 
sejuk la sikit..harap2 demam dia tak panjang
dahla jumaat esok lusa nak balik kemaman

Isnin, Mac 07, 2011

Cantik tak saya?

Assalamualaikum wrt..wbt

hai acik2 seme...pagi ni adik ya take over blog ma tau
ma tu malas sangat dekpong
adik ya nak tunjuk tudung baru yang ma belikan
cantik tak acik?
ala tudung murah aje
ma beli kat Desa Murni Batu 6
syurga tudung
macam macam ada kat situ
tudung ni ma belikan khas wat pakai masa ari sepupu adik ya kawen nanti
tak lama dah ari sabtu ni jer lagi
ish tak sabar nak pegi
boleh jupe atok kat neram 
ye ye balik kampung lagi

Khamis, Februari 24, 2011

katakan tidak!untuk botol susu

si rambut kerinting ni sekarang dah pun berumur 2 tahun 3 bulan
fuhh lega sebab senang sangat stop botol susu
seb baik tak ketagih
so skrg kalau mau minum susu cik dah bagi lam cawan yang ada muncung tu
cemana senang sangat stop botol?
kalau ikutkan dah seminggu fatihah tak berbotol
sebabnyer malam aritu sebelum tido dia mintak susu
lepas minum susu dia batuk2
pastu apelagi uwekk..uwekkk la
 dan dan tu jugak cik dah cakap ngan dia
pas ni tak bleh minum lam botol
kalau minum jugak nanti muntah
huhuhuh
esokkan nyer cik dah sorok botol susu
dan pesan kat mak mertua suh wat susu fatihah lam cawan pulak
fuhh seb baik tak meragam


~lepas ni kena ajar kencing kat toilet pulak

Khamis, Februari 17, 2011

Kerinting @ Serabai

wei tengokla anak dara cik dah ni
rambut dia ala2 kerinting ala2 serabai jugak
rimas nengok
masa fatihah umur setahun cik dah pernah potong rambut dia
nak buang kerinting tu
last2 kerinting jugak
tapi rambut fatihah kerinting besor2
kih..kih
tak tahu ikut gen sape
cik dah ngan asben rambut biasa ajer

tengokla tu rambut dia
asben cakap rambut fatihah jadi gitu sebab tak sikat rambut
ye ker?
ni rambut belah belakang
bergulung besor2 
kejadian tak diingini berlaku semasa balik kampung aritu
kih..kih..
rambut fatihah kena tarik kat anak sedara cik dah
sepupu fatihah la
si adam tu
anak2 sedara cik dah majoriti lelaki
so fatihah kena dera la


cemana nak bagi rambut lurus erk?

Ahad, November 14, 2010

Selamat Ulangtahun Sayang;

Arini 14/11/2010
ulangtahun kelahiran Fatihah Insyirah yang ke 2
alhamdulillah masih dipanjangkan usia utk melihat
cahaya hati membesar
pejam celik pejam celik 
kejap jer masa berlalu
dah besar pun Fatihah Insyirah
 "SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG"

8888888888888888
selepas 2 jam dilahirkan
mata sepet muka bulat and putih
dalam kepala cik dah 
"anak aku "terkenan" orang jepun ker?"
cik dah kan keje ngan kampeni jepun
masa ni fatihah 9 bulan
baru nak start kaki
fatihah berjalan masa nak masuk umur 10 bulan
12 bulan @ setahun
mata dia dah tak sepet dah
jadi bulat besor pulak
masa ni dah setahun setengah
makin membesar



untuk anak mama yang tersayang
moga dirimu menjadi anak yang solehah
mendengar kata mama and abah 
cepat2 besar jadi anak yang pandai yek!

Isnin, November 08, 2010

Sebut betul betul.....

salam & selamat petang

malam tadi saje main2 ngan anak2 tersayang
ajar la nama2 binatang lam bahasa melayu n english
pahtu cik dah tanya la fatihah nama dia ape
dia cakap nama dia "YAH"
cik dah suh dia ikut sebut FA + TI + HAH
dia pun sebut la FA + TI + YAH
memang takleh lari dah nama yah tu
ish..ish..tok dia la ni suka panggil yah


Selasa, November 02, 2010

Fatihah kembali ceria

cik dah wase lega sikit
bila fatihah kembali ceria
malam tadi dia dah mula nak main
suka2 macam dulu
pestime fatihah demam lama
tak pernah2 demam melepek camni
biasa sehari semalam jer demam
memang cik dah risau giler2 ar
sekarang dah la musim ujan
susah jugak nak ulang alik g jenguk dia time rehat

next week fatihah genap 2 tahun
agaknyer demam nak masuk umur baru kut
hik..hik









Ahad, Oktober 31, 2010

Aku yang bersalah

Selamat pagi
ish..cik dah rase bersalah sangat2
fatihah kan demam tapi cik dah still datang keje
kalau ikutkan memang tak sampai hati nak tinggalkan dia
tapi ape boleh buat ada keje yang perlu disettlekan
lagi pulak lady bos tengah bercuti sekarang 
mana bleh dua dua bahagian akaun bercuti serentak
melainkan betul2 emergency
tapi cik dah tetap rase bersalah


fatihah malam tadi kul 12 malam
nampak segar sikit
cik dah jelum kepala dia ngan air ramasan daun rambutan
cik dah rindu sangat2 kat fatihah yang dulu
ceria,suka ketawa,manja
tapi sejak dia demam 
senyap jer umah tu
panggil mama pun tak
sedih sangat
muizzuddin pun takde teman nak main
adiknyer asik melepek ajer..
seb baik fatihah demam tak merengek
diam jer..
tapi yang susah ati nyer
ubat susah giler nak makan
makan nasi pun tak wape nak
semulut dua ajer..

"mama harap fatihah cepat sembuh"
rindu saat2 ceria bersamamu sayang..









Selasa, Ogos 10, 2010

Apa nak jadi anak dara sorang ni..

tengokla anak dara cik dah ni..ntah hape2 kan..
masa kejadian adalah waktu maghrib,
cik dah dok semayang dia dok bertenggek kat cermin tu..aisshhh..
sudah semayang tu cepat2 capai henpon amik gambar..
sebagai bukti
perasan tak kat atas tu ada 2 botol bedak..ya ampun dokleh letak rendah2..kang tak pasal habis dia bedakkan lantai..
comey sungguh la dia landing..tak takut jatuh langsung..
kiter yang lihat pulak jadi gerun
tengok dah terhegeh2 nak turun bila kena marah....marah tu bukan ape..kang jatuh sakit pulak nanti..meraung tak sudah...

Rabu, Ogos 04, 2010

Fatihah @ klinik

Pagi tadi cik dah masuk lambat..bawak fatihah g checkup..patutnyer bulan lepas kena pegi tapi banyak sangat hal tiap kali rabu..asik bertangguh ajer..cek up untuk anak setiap ari rabu jer kat klinik desa bukit cempaka tu..bila fikir² minggu depan dah puasa so baik pegi arini lagipun big bos outstesen..canteekk..
so pagi tadi awal2 7.30 cik dah ngan fatihah dah bertenggek depan klinik..no giliran 2..ushh rupenyer ada lagi yang awal..
Arini Fatihah dah 1 tahun 8 bulan 3 minggu..berat badan dia tak wape naik pun..hanya 9.70kg sahaje..ish..ish anak orang laen umur setahun tu dah cecah 10 kg lebih dah..tapi cik dah takde ah risau sangat sebab fatihah ni jenis yang suka makan..mungkin timbangan tak wape naik sebab dia terlalu lasak kut..kih..kih...
layan jelah aksi Fatihah kat klinik erk...

Aksi bersahaja dari anak mama..seb baik orang tak ramai..lehla layan berpicas walaupun hanya guna henpon sony jerk..
tengah makan kuih sebab pagi tadi tak sempat makan..kejor giliran punyer pasal..
ishh tak senonoh betul anak dara cik dah ni...spender nampak wat tak tau jerk..
dah bosan2 fatihah tunggu kat pintu lak merenung nasib..kui..kui...
tengah perati orang disekeliling...heran gamoknyer..biasa dok bertiga (fatihah,abang long & tok)jer kat umah tu..

nak balik da..kul 8.30 dah siap..itu yang untungnyer datang awal...cik dah pun takde ah terkejar2 sangat nak masuk opis sebelum kul 10..leh la relaks2..makan2 dulu sebelum g keje..

♥♥♥♥
cik dah pun timbang gak tadi..huhuuh..
berat 64kg..huuhu
harap2 bulan pose ni turun la..