Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 03, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

sama2 kiter kongsikan........
sumber : Blog Sensasi










Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi










Ahad, Julai 31, 2011

Niat Puasa di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wrt wbt & selamat pagi semua

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua rakan2 blogger
insyaallah petang kang tengok anak bulan & esok ari pertama umat islam akan berpuasa
disini cik dah nak share niat puasa bulan ramadhan
cik dah tolong translate dari jawi ke rumi 
kut2 ada yang tak reti baca jawi kan..
untuk kesenangan bersama..insyaallah


Niat Puasa Sebulan

Nawaitu Sauma Sahri Ramadhan Na Hazihi Ssanati Kullih Lillahi Taala

Sahaja aku berpuasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala

Niat Puasa Harian

Nawaitu Sauma Ghadin an ada ifardi sahri ramadhana hazihi ssanati lillahi taala

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu ramadhan tahun ini kerana Allah Taala





~niat puasa sebulan dibaca hari pertama nak pose yek!!


Isnin, Julai 26, 2010

Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi

untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.
Allahuakbar.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w.
bersabda :
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT."

http://www.tranungkite.net

Khamis, Julai 15, 2010

Batas-Batas Dalam Berhias

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

Riwayat Ibnu Mas’ud
Huraian :
i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T.
Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah Harus manakala mengubahnya adalah Haram.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


P/S...Kening cik dah x wape lebat...so cane nak cabut erk...mmg tak pernah cabut pun..
dulu masa form 5 ustaz tengah ngajar bab cukur kening,matanyer menjeling cik dah..
terdetik dihati cik dah ni ustaz ni mgkin mengata cik dah cukur kening...padahal memang kening xde..huhuhuhu..korang x caye tgkla picas kat bawah ni..sekerat jer ada..kui..kui...