Memaparkan catatan dengan label ma ku sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ma ku sayang. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 09, 2011

9 Ramadhan sentiasa diingatan

Salam 9 Ramadhan

Setiap kali 9 Ramadhan hati cik dah mesti sayu
arwah ma meninggalkan kami semua
tahun ni tahun ke 6 beraya tanpa arwah ma
sekejap jer masa berlalu macam baru jer semalam berlaku
rindu sesangat rasenyer pada arwah ma
masih terbayang lagi wajah arwah ma

arwah ma yang cik dah sayang sampai bila2
walaupun ayah dah ada pengganti (ummi) tapi tetap tak boleh gantikan tempat arwah ma dihati kami adik beradik


teringat lagi 2 pasang baju raya yang cik dah tempah
satu kaler biru & satu lagi kaler oren
sebelum pose lagi dah siap tapi tak sempat pun arwah ma lihat baju tu 
bila dapat berita ma meninggal mmg baju tu yang cik dah cari dulu
siap bawak balik masa ari nak kebumikan arwah 
memang rase terkilan sangat masa tu 

lepas 3 tahun arwah ma pergi
cik dah cari balik baju tu kat umah kakak kat besut
seb baik kakak simpan baju tu
raya tahun lepas baru cik dah suh orang buat baju oren tu untuk fatihah
kenangan arwah ma tetap ada untuk anak dara cik dah



Ahad, Mei 08, 2011

Mawar Putih Buat Mama~syarifah aini

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku




Sabtu, Mei 07, 2011

Hari hari adalah hari ibu sebenarnya

Selamat pagi

pagi tadi dapat mesej dari celcom berbunyi

"Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua ibu di Malaysia.
Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi keluarga.
Hubungilah ibu anda hari ini"


Selamat Hari Ibu,Ma

sedih pulak bila mesej kat atas tu suh hubungi ibu anda hari ini
kalu boleh berhubung lama dah cik dah buatnyer
02/10/2006 dalam ingatan
arwah ma meninggalkan kami semua
rindu sangat2 kat arwah ma
terima kasih Ma sebab lahirkan,susukan
& bagi segala2 nyer untuk membesarkan cik dah
jasamu kan ku kenang sampai bila2