Khamis, Oktober 27, 2011

Taraa..........silau mata.....

Assalamualaikum wrt wbt.....

Rentetan cerita duka semalam....duka ker? yela mamanyer yang duka pasal anak teruna nan sorang ni 
duduk tak diam skali tau......ikutkan hati cik dah ni panas jer tau
tapi tak tau nak marah sape.....nak marah anak pun tak guna jugak sebab dia kecik lagi
nak marah orang yang ada kat umah pun tak guna jugak sebab mende dah berlaku
kena marah diri sendiri la jawabnyer...walaupun takde kat tempat kejadian....huhuhu
pahtu menangis lam hati sensorang......

tengokla ape yang muizzuddin buat tu......dia dok lam umah sorang2..
ada jer keje yang dibuatnyer...fatihah tido...toknyer tak tau la buat ape kat luar...
nak tunjuk bakat terpendam menggunting rambut...padahnyer ini yang jadi...ropong kat depan
pengajaran buat diri cik dah...jangan simpan barang tajam kat tempat rendah walaupun bukan cik dah yang punyer....
gunting tu pak mertuaku yang punyer......dia memang simpan kat lam laci tu sokmo dari dulu lagi
cik dah pun tak sangka yang muizzuddin berani sangat2....
sekarang gunting tu cik dah sorok...nasib ar kalau pak mertuaku cari tak jupe...

muizzuddin yang dulu......rambut dia panjang sket depan tu..
memang dah plan nak potong dekat raya haji nanti...tapi dia dah awal2 wat potong dulu........


taraa......muizzuddin sekarang............licin abah kerjakan
dah memang takleh repair rambut dia........
cik dah sedih sangat2 bila rambut dia dah botak......
harap2 cepatla tumbuh nanti



silau mata....


betul ker orang kata anak yang lahir ikut tingkap ni dahi nampak tinggi @ jendul
like muizzuddin la sebab dia lahir ikut tingkap
adik dia fatihah muka lain sebab lahir ikut saluran...hik...hik....



Rabu, Oktober 26, 2011

Selasa, Oktober 25, 2011

Hebatnyer MATEMATIK....mari kiter pakat try..

cik dah dapat dari FB..kawan sekolah yang post kat wall....
menarik jugak bila try buat....

ok mula2 sediakan kalkulator...
kalau korang jenis cekap mencongak dengan kepala lagi hebat......
sekarang ni kiter nak buat kire2 nombor telefon

mari kiter buat sama2

1.masukkan 3 nombor pertama henfon korang (bukan 012,013 @ 019 yek) ke kalkulator
2.dah dapat no tu darab pulak dengan 80
3.tambah 1
4.darab dengan 250
5.tambahkan dengan 4 nombor  terakhir henpon korang
6.tambah lagi sekali 4 nombor terakhir tu....
7.tolak dengan 250
8.bahagi 2

jawapannyer akan dapat nombor telefon korang .........^-^
tak caya silala terai dulu...kalau tak dapat tu mungkin miss step...




WW~ makan malam...



 nasi + ikan singgang...blurkk kenyang....




Isnin, Oktober 24, 2011

Hmetro :~ eh orang kampung cik dah ni......

Terkejut tengok paper Hmetro ari ini bila terpampang wajah yang memang cik dah kenali
walaupun bukan jupe selalu tapi masih teringat wajah tua ini setiap kali cik dah balik kampung..
sedara mara cik dah jugak ni...sepupu arwah ma rasenyer..umah pokcik ni depan umah nenek cik dah ajer..
kecik2 dulu kalau balik kampung mesti pegi main umah pak cik ni........






JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.
“Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.

“Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.

Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.

“Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga,” katanya.
JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.
“Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.

“Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.

Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.

“Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan bertindak pantas berusaha mengesan suspek sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada jam 8 pagi semalam.

“Suspek yang dalam keadaan keletihan ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, bersama dua bilah parang dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah itu,” katanya.

Ahad, Oktober 23, 2011

Mood Mengukus datang lagi...yeay...yeay....

Assalamualaikum wrt...wbt...........

ape kabo rerakan sekalian.......selamat beristirehat la kepada yang bercuti ari ini
kami kat pantai timur ni cam biasala ahad hari bekerja....

dah lama rasenyer takde entry berkaitan makan2 ni seb baik 
mood mengukus cik dah datang kembali....bermusim agaknyer yek...
minggu lepas 2 kali wat projek mengukus....kemaruk la tu...

1~apam polka dot yang akhirnyer bertukar menjadi apam coreng coreng
projek hari selasa

inila rupa apam cikdah...dot dot pun tak wape menjadi dah....
hahah..sebab ape boleh bertukar tu??
tukang makan nyer jenis tak penyabar so tukang membuatnyer naik rimas dibuatnyer
ape lagi buat coreng2 lagi cepat siap kan...

bila belah 2 nampak cantik pulak.......


2~kek coklat kukus
projek hari khamis


aritu kan cheqna ada bagi resepi kat blog dia
balik rumah belek2 buku resepi yang cik dah salin tu
rupenyer dah ada resepi serupa cheqna bagi kepunyaan kak ain paka tu
tapi cik dah buat biasa2 jerk...
kukus pakai paper cup
senang sikit anak2 nak makan..amik jer sorang satu
round pertama tinggal ni jer dari 16 pcs..
masak jer terus di ngap oleh kami bertiga....
ada yang suka makan memang seronok membuatnyer


round kedua....terlebih isi sikit...itu pasal nampak kembung semacam jerk


~lepas ni nak wat kek oren kukus la pulak....
~nampak gayanyer bulan depan cik dah kena beli alat pengukus baru sebab ktorang nak pindah....









Khamis, Oktober 20, 2011

Jadi apa boleh buat ??!!!



itula yang berlaku dalam realiti kehidupan kiter......
renung2 renungkan............




Selasa, Oktober 18, 2011

Segmen :: POST MY REVIEW, DEAR KHUMAERA

selamat petang semua.....

nak join post my review sementara sempat..hik..hik..
sebelum selamat berkenalan maera...
segmen khas untuk blogger yang mahu mempromote blog di blog maera
sape nak join klik banner cepat sebelum kul 5 petang ini






nama blog : mamaizzya.blogspot.com

nama pemilik :cik dah faridah
berasal dari na na na teganu kiter.....
berblog sejak 2009..uii lama jugak erk...

promotion word :senyum sokmo deh....semanis senyuman...

blog berkisar : macam2 ada...isu semasa...tentang family...dah namanyer blog diari kan..byk pasal anak2 la

my anak2 kesayangan....yang 1 st muhammad muizzuddin
2nd fatihah insyirah....





termenung ku sendirian.....

tajuk entry tak berkaitan ngan citer...ada cik dah kesah..kih..kih...


dah tengahari rupenyer...tapi cuaca macam kul 8 pagi jerk
arini dari pagi lagi hujan......sejuk jerk rasenyer...suka la tu....

bosannyer arini keje...kena cari dokumen yang 2 3 tahun lepas
ayoyo  ayoyo 2007-2011
yang belum masuk stor okla lagi...boleh la di cari
yang menjadi masalahnyer ada 2 fail yang missing
tak pasti kat tangan sape sekarang ni....aduss masalah sungguh ni
dah 2 3 kali punggah file dalam bilik 
dalam bilik stor mmg tak cari lagi la sebabnyer fail tu mmg tak wat masuk sana lagi...

ape nak buat erk...buntu ler pulak







Isnin, Oktober 17, 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

Assalamualaikum wrt wbt........

ceria2 dipagi isnin......aik cik dah tetiba bagi info pasal ibu mengandung ni,ada pape ker??
hehehe..takde pape pun......saje nak share ngan korang tentang kemuliaan ibu mengandung dalam islam...
itu tak bermakna cik dah mengandung yek.......mari kiter sama2 lihat


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat





sumber :SINI

wah wah hebatnyer kemuliaan ibu2 mengandung ni....


cik dah bila lagi yang ke 3???

Sabtu, Oktober 15, 2011

Muizzuddin buat mama tersenyum kelegaan

Assalamualaikum wrt...wbt.......

Sungguh memang terasa sangat2 kelegaannyer....pertama kalinyer cik dah tengok hasil tulisan muizzuddin....itupun fatihah yang bagitahu abg long tulis huruf A..sebab tak caye cik dah suh tulis semula..iye memang betul pun.......hahahha...alahai kecohnyer cik dah ni kan..kan...(kan...ke tak kan??)

yela mana tak kecohnyer....muizzuddin next year 2012 dah 5 tahun pun..
sepatutnyer 4 tahun boleh dah masuk sekolah tadika Kemas kat area umah tu tapi cik dah hold dulu
cik dah ni dok kawasan kampung jer sebenarnya...sekolah pun ada 2 jer pilihan..
Tadika Kemas ngan Pasti jer ada....

sebelum ni risau nak hantar awal..sebab kut2 muizzuddin tak boleh berdikari lagi
bab belajar tu takpe lagi..boleh slow2 kan..tapi kut2 terkucil tak bagi tahu cikgu jer...
sekarang pun dah bulan October... pendaftaran untuk 2012 dah dibuka...so next year kena hantar jugak walau cemana skalipun
sekolah zaman sekarang tak macam kiter zaman dulu
zaman dulu darjah 1 tu main2 cam budak tadika lagi
sekarang fuhh! susah jugak 

2 ari lepas muizzuddin menunjukkan perkembangan positif...dia dah mula nak menulis
ish..ish...kalu anak orang lain 3 tahun dah pandai kan...sebelum ni cik dah pernah beli buku & pensil
last2 buku hancur digulung2 nyer jadi macam teropong..pensil ntah tak tahu kemana hilang...
itu yang cik dah malas nak beli tu...bukan kes kedekut...tapi dia belum menunjukkan nak belajar nak menulis...kat umah cik dah ajar dia sebutan mulut ajer...tak kira ape ajer..ajar lam bahasa melayu & english...

so bila dah nampak dia mula reti menulis..cik dah belikan pensil & kertas A4 untuk dia conteng2 dulu...
setakat ni dia boleh tulis huruf2 yang senang like A,E,F,H,I,L,T,O,V...yang lain2 tu tak reti lagi
alhamdulillah lega sangat2....

so lepas ni cik dah tak perlula risau berlebihan...









Khamis, Oktober 13, 2011

Jangan di jolok sarang tebuan

Assalamualaikum wrt wbt......& selamat petang semua

wah wah baru nak bersiaran cik dah yek.....
bizi bebenor tadi..hihihi..

nak citer ni...en sani kena serang tebuan..3 das kena
atas kepala,tepi telinga & tepi tetek
katanyer kena dalam masjid sudah semayang
tak tahu la wape ekor yang berani menyerang tu...
seb baik tak de pape...cuma en sani mengadu berdenyut jerla
sapu minyak panas baru lega..


gini kut rupa tebuan tu..gugel jer la...




~dulu2 masa zaman sekolah cik dah pernah kena kat jari....bengkak jugak
ntah camaner boleh terkena tu 
terus jupe cikgu..cikgu kasi minyak panas mustika.......
terus hilang bengkak









Isnin, Oktober 10, 2011

Buah apekah ini?



sungguh memang cik dah tak tau nama buah ni
tapi kawan2 cakap nama buah ni "buah ulat bulu"
betul ker?
masa kecik2 lu selalu main ngan buah ni
kalu masak kuning mesti makan
tapi macam berbau sikit lekat kat tangan...uwekkk..
ari jumaat lepas cik dah jupe buah ni depan umah abg ipar
setelah sekian lama tak jupe...



ASK2011~Jangan hantar aku ke neraka

Assalamualaikum wrt wbt......

selamat pagi semua........semoga ceria2 di pagi isnin yang mendung ni......(kat teganu nak ujan ni)

malam tadi layan citer Jangan Hantar aku Ke Neraka....percalonan untuk ASK 2011...
pelakon terdiri dari Adeq Ku Yusry,Watie,Wan Sharmila,Fadilah Mansor,
dan juga lakonan terakhir Arwah Faizal Yusop,
memang menyentuh hati la citer ni...
disebab kan mempunyai sifat kewanitaan zai selalu di pukul di cemuh di caci oleh hamzi & ita
zai ni memang tip top la wat keje rumah tapi langsung tak dihargai 
zai dihalau dari umah......dan bekerja di butik pengantin 
4 bulan lepas tu mak zai meninggal sebab terlalu rindukan zai
tapi yang sedihnyer zai tak dibenarkan menatap wajah maknyer buat kali terakhir
dia diikat kat tiang rumah 

Akhirnya Allah Swt balas kejahatan hamzi & ita 
hamzi dipukul hingga lumpuh
ita pula dirogol bergilir oleh 3 lelaki
jangan tak tahu apek juvana pun berlakon citer ni..jadi perogol lagi
perngakhiran citer ni zai yang jaga hamzi & ita
ita mati masa bersalin kut
zai berhenti keje & buka butik kat kampung pulak


~zai aka adeq ku yusry ni pernah berlakon citer SUTUN
ingat tak...pakai serba pink
memang dia lembut erk.......




sekian ulasan dari cik dah ......hihihih




Khamis, Oktober 06, 2011

aduss..cepat betul terpengaruh

Sejak dua menjak tiga menjak badan naik bagai dipam pam cik dah mula mencari &  mengenali produk2 yang boleh mengecikkan kembali badan yang mengembang ni...
bukan untuk kecikkan badan jer untuk kesihatan dalaman pun cik dah terai
tempat biasa rujukan cik dah adalah kat forum.cari.com.my
cik dah ni memang cepat terpengaruh tapi  nak beli tu kena tengok poket jugakla
yang mahal2 sgt tu cik dah pandang jerla......
beli yang murah2 saje
tak silap cik dah pertengahan tahun 2010 mula berjinak2 ngan semua ni sampai la sekarang

meh kiter tengok produk ape yang cik dah guna.....nak kata berjaya tu takla jugak.....tapi boleh la...
sebab tak berjaya tu mungkin kesilapan diri sendiri la...
niat nak kecikkan badan tapi melantak tu ya ampunnnnnnnn...sabo jela

COCOA COLLAGEN POWER PLUS

CCPP paling awal skali cik dah guna.......rasenyer sangatla sedap...
hinggakan cik dah minum 2 peket 1 hari........
berat tak turun pun..makin berselera makan ada ar..
khasiat CCPP ni banyak untuk dalaman wanita
harga nyer mmg mampu la nak beli
tahun lepas beli 3 box =30 peket =RM 60
sekarang tak tau la 
pastu ada yang suggest tukar



FIGURE UP @ FIT UP

yang ni pun besh.....rase roselle
minum fit up berat turun lam 3 kg jugak tu
bila tak turun tokei yang jual ni suh combine ngan Stay Fit
Fit Up pagi Stay Fit minum malam


STAY FIT

Perasa roselle jugak
harga sekotak Stay Fit ngan Fit Up RM 50
skg tak taula
tapi Stay Fit ngan Fit Up ni tak leh minum ngan produk yang ada kandungan herba 
boleh menyebabkan berat tak turun 
dan peod terjejas
itu kata tokei yang jual produk ni la kata



MAAJUN ANGGUN BISTARI

sebab nak makan maajun anggun bistari punyer pasal cik dah stop Fit Up & Stay Fit
tak boleh makan produk yang mengandungi kandungan herba bersama2...
makan MAB ni pun ada sebab sebenarnya
sebelum ni cik dah amalkan pil perancang beli kat klinik
mungkin sebab tu kut badan naik bagai di pam2...
hormon berubah
cik dah bersama MAB ni dah 8 bulan pun
6 bulan pertama tu memang peod tak cantik...
mungkin kesan dari penggunaan pil perancang kut
sekarang dah ada perubahan positif
MAB ni bukan untuk orang berkahwin jer
orang lum kawin pun leh makan sebab ye boleh repair dalaman wanita
orang yang susah nak preknen pun digalakkan makan MAB ni

harga MAB ni tak mahal pun sebotol RM 15 jer..



SOFTFEA ORANGE FIBER DIET DRINK

yang ni paling besh kut
walaupun kat situ tulis untuk diet drink aka untuk turunkan berat
banyak jugak kebaikannyer
softfea orange fiber diet drink kandungan nyer banyak Vitamin C
macam cik dah kan selalu sangat2 bersin aka resdung
masa minum Orange ni alhamdulillah tak bersin pun
sekarang stop sekejap..musim hujan tandas kat opis buat hal
tak berani nak minum...
sebab lepas minum pasti lawas pembuangan

harga 1 box =10 peket = RM 49.90

SAUNA CREAM

yang paling terbaru cik dah terpengaruh
hanya  sapu2 di part yang menonjol
tempat yang banyak lemak
lepas sapu terus rase panas
kalu letak banyak panas nyer seperti terkena lada
yang ni en sani tak tau cik dah beli
sapu pun sorok2 jer lepas mandi pagi..hik...hik

harga 1 tub ni Rm 38


wah banyak jugak yang cik dah terpengaruh & membeli rupenyer
korang pulak ada tak jenis cam cik dah cepat terpengaruh dengan sesuatu
tapi cik dah walau terpengaruh pun tetap search maklumat tentang sesuatu produk tu






Nak tukar langsir baru la ....

Assalamualaikum wrt wbt........

raya dah lepas baru terhegeh2 nak tukar langsir cik dah ni
eh eh raya aji kan ada...okla tu persiapan raya jugak kan

tapi cik dah bukan nak tukar langsir rumah yang kitaorang tinggal tu
sebenarnya nak tukar langsir kat rumah yang korang tengah tengok ni la
langsirnyer tak berganti2 
arini tergerak hati la pulak nak bertukar langsir bagai

langsir lama berlatar belakang muizzuddin & fatihah anak kesayangan ambe
mesti nak letak gambar anak2 jugak
gambar sendiri tak boleh la
dah kembang semangkuk tak muat frame dah......

buat sementara waktu cik dah pakai langsir yang sekarang ni dulu
jap lagi nak godek2 lain pulak.......



p/s~ tak lama lagi kitaorang anak beranak nak pindah umah lain
berjauhan sikit ngan mertua
maknanya kena buat langsir jugak la kan..kan..
kemas mengemas lum settle lagi tu...
seb baik barang tak banyak









Rabu, Oktober 05, 2011

WW~ tak patut


sadis tengok kan.......
memang tak patut
tapi tak tau la kat mana.....


WW~ aahaiii cek mek molek......

dah lama tak makan
petang semalam buat 
sekarang musim ubi keledek
sedap makan panas2 ...kalu air gula banyak lagi sedap......



Selasa, Oktober 04, 2011

Duta Kacang Ngan Yin Cap Tangan

Dah lama tak up gambar anak sendiri...
yela sebab dah lama tak bergambar ngan henpon cap hayam cik dah tu
cik dah memang takde kamera..huhuhu..
seb baik henpon cap hayam cik dah mampu berbakti kepada tuannyer


anak cik dah si muizzuddin sekarang dah jadi duta
duta kacang ngan yin cap tangan
hahhah sila jangan percaya yek!!


dah besar dah siduta kacang ngan yin cap tangan ni
next year 5 tahun.....harus hantar sekolah tadika

tahun ni kiter main2 dulu kan abg long
tapi lum daftar lagi..takpe la sekolah dekat ngan rumah jer

tadi pun dah tanya ape yang nak kena bawak masa daftar si duta ni...
sijil lahir jer....bayaran tak tau lagi berapa RM


hek eleh..ape tunjuk 2...nak 20 sen ker??
sila tutup mulut yek si duta
pagar kamu dah patah tu........




Dia Datang Dengan Lenggang Lenggoknyer..........

Assalamualaikum wrt..wbt.......

Seperti yang kiter semua ketahui sekarang dah bulan Oktober aka bulan 10...
wah dah nak dekat penghujung tahun rupenyer
bila dah masuk oktober ni kena siap sedia dah la
musim hujan dan dengan kata lain masuk  musim tengkujuh dah

sejak akhir 2 hujan turun tiap2 malam dengan selebat2 nyer
siang hari ok jer..terang benderang..kalu jemur kain kering la orang kata
baru2 ni bandar Kole Terengganu dilanda ribut
sungguh menakutkan bila hujan berserta angin kencang



~hujan berserta angin kencang kat Pantai Timur ni ada kaitan tak dengan bencana kat Filipina erk







Isnin, Oktober 03, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

sama2 kiter kongsikan........
sumber : Blog Sensasi










Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi










Ahad, Oktober 02, 2011

Kita Nampak Tapi Tak Bermakna Kita Tahu Segala2nya

Ada seorang perempun....
umurnya 15 tahun..bawa anaknya yang umur setahun jalan di pasaraya

orang kata dia tu perempuan hina..tak suci..tak malu...
tapi takde orang tahu..dia dirogol masa umur 13 tahun

Ada seorang lelaki..dia sangat2 gemuk

orang kata dia tu tak tahu jaga diri..tapi takde orang tahu...
dia ada penyakit...makan tak makan..tiap2 hari berat badan naik

Ada seorang orang tua..matanya buta...telinganyer takde

orang kata dia tu hodoh..sangat2 hodoh..
tapi takde orang tahu..dia tu askar..hilang mata & telinga sewaktu  mempertahankan negaranya


banyak mende dalam dunia ni kita nampak  tapi tak bermakna kita tahu segalanya.......
betula tak??cuba fikir2kan renung2 kan sejenak.........



sumber :muka buku