Isnin, Mei 31, 2010

Remis

Remis..oh sedap sggh la..pernah mkn x?hehhe..agaknyer cik dah yg ketinggalan br start mkn..huhuuh..blk kije ptg smlm Mil ckp ada remis kat dapur anak sedara bagi..boleh tahan byknyer..dlm kepala dok ter pk nak masak ape erk..sbb x pernah wat pun..last2 wat masak lemak ketuk serai..yg plg byk mkn cik dah la kut ngan muizzuddin..my asben x wape nak mkn sbb katanyer dlm isi tu ada pasir halus...
inilah rupa remis yg blum masak..berkilat..
ini plk yg sudah masak..tutup jer api dapur cik dah terus senduk dlm mangkuk..hahha x senonoh sggh... cik dah teringin nak makan siput sedut..tp kat teganu ni x jupe pun...so masa makan remis cik dah bayangkan siput sedut..hahhaha..

Ahad, Mei 30, 2010

maeklong market railway

Ibarat telur dihujung tanduk..bisnes punyer pasal kat mana2 pun leh berniaga..korang tgk x majalah 3 ari sabtu lepas..pasar landasan..sungguh ngeri cik dah rasekan..pasar ni kat thailand sebenarnya..bila tgk tu mmg ngam2 laluan keretapi..bila jer keretapi nak lalu isyarat akan diberikan..so peniaga2 dah standby belaka utk alihkan brg2 jualan.. ermm rase2 nyer korang sanggup ke soping kat tempat camni...huhuhu
tengoklah ngam2 jekan..
buah2an bykla kat sini..org pun cam x putus2 datang...
isyarat sedang diberikan..siap sedia dorg punggah barang... teringat plk masa jln2 kat jln TAr dulu..pasar malam kat sana ramai giler org ..berhimpit2 sampaikan jalan x wape betul dah..senget hbis bahu... ermm skg x tahula cane sbb dah lama x pegi
http://blog.hotelclub.com/maeklong-market-maeklong-railway/

Cara Mandi hadas (mandi wajib)

Macamana kah cara mandi wajib lelaki yang betul? ada kah menggunakan hos sambil berniat membersihkan badan dikira sah sebanyak tiga kali dilakukan..terima kasih..
Jawapannya Terlebih dahulu saya berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa : “Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”. Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6) Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut. Perkara-perkara yang mewajibkan mandi
  1. Bertemu dua khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  2. Keluar mani walaupun sedikit.
  3. Mati melainkan mati syahid.
  4. Keluar haid bagi perempuan.
  5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  6. Wiladah atau melahirkan anak.
Fardhu mandi Pertama : Niat
Kedua : Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan. Ketiga : Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur. Cara mandi
  1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.
  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur.
  4. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  5. Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  6. Setelah selesai semua di atas, alirkan air sebanyak tiga kali di tubuh badan sebelah kanan. Kemudian alirkan air sebanyak tiga kali sebelah kiri. Terakhir alirkan air di semua tubuh badan dari kepada hingga kakai sebanyak tiga kali berturut-turut.
  7. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
  8. Ingatan lagi, batal mandi orang yang menyentuh kemaluan sendiri sama ada qubul atau dubur ketika mandi. Lapikkan dengan kain atau apa-apa alat yang boleh menghalang tapak tangan menyentuh qubul atau dubur ketika hendak menyucikannya.
Just nak sharing ape yg cik dah baca kat blog ustaz nor amin tentang cara mandi hadas.Kalau mandi itu salah tetapi memang kita jahil dan tidak tahu peraturan mandi hadas, tidak mengapa dan perlu memohon taubat kepada Allah. Kiter perlu pergi mengaji untuk menambah ilmu agama di dada terutamanya berkaitan ibadah. Takut selama ini apa yang kita buat tidak betul. Setelah mengetahui cara mandi hadas yang betul, maka perlu melakukan mandi hadas yang betul dan tinggalkan cara mandi yang lama. Jika anda buat juga maka mandi anda tidak sah.

Rabu, Mei 26, 2010

cucu yang haprak

aishh kalu dah nafsu gitula kan..nenek yg umur tua ganyut pun nak di intai,skodeng bagai...bengoms tul cucu nih...td baca kat hmetro..ntah pape cucu nih...nenek tu dah kecut2 doh wei...masa mula2 baca tajuk tu kat mulut ni terus kuar perkatan "giler".. sian nenek ni dah la kena skodeng dek cucu sendiri pahtu duit ngan barang kemas pun ilang gak..anggar2 kat rm2000..huhuhu..aku kaya..aku kaya...zaman sekrg ni x bleh percaya kat sape2 dah..anak beranak sendiri wat kije jahat...sabo jela.. pesana penaja:janganla mandi bogel2 lagi kang x pasal2 kena skodeng...tp x elok yek kwn2 mandi cenggitu..seeloknyer pakailah kain basahan..

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga.Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga..tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga. Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.

http://permatahati.wordpress.com

x bleh ah rase klau x korek telinga..cam tabiat la plk..mmg la telinga ni sensitip sikit..klau dah terkhayal leh merosakkan gegendang telinga...whateverla ....

HANYA TAHI HIDUNG YANG PERLU DIKOREK SETIAP HARI

Selasa, Mei 25, 2010

SEE YOU...IN 20 YEARS!!

Insyaallah kalau umur masih panjang..kiter akan jupe 20 thn lg.. hahhaha... cik dah nak gelak wase masa buat mende alah ni... kui..kui.. 20 thn lagi umur cik 47 years..tua dah.. muizzuddin 23 years & fatihah 21 years.. mgkin dah ada menantu masa ni...
gini ke cik dah nnt erk..huhuhu x bleh nak bayangkan..kedut beribu...
walaupun rupe dah kedut tp senyuman still menawan..ceh masuk bakul angkat sendiri wei....
korang nak try ker sila ke SINI

Rahsia Tandatangan

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:
~Satu garisan di bawah tanda tangan Seorang yang sangat yakin Ada personaliti yang hebat Agak mementingkan diri sendiri Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
~Dua titik di bawah tanda tangan Anda romantik Mudah bertukar pasangan macam tukar baju Memilih kecantikan (bagi lelaki) Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita) Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping
~Satu titik di bawah tanda tangan Anda kelihatan mudah dan tenang Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati
~Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan Seronok dengan kehidupan Ikut gaya dan cara sendiri Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain
~ Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama Anda sentiasa berusaha supaya smart Suka berselindung Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup Yakin dengan kebolehan diri sendiri
~Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir Anda cepat menukar pandangan dan idea
~Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung Seorang yang sangat prihatin Tidak pentingkan diri sendiri Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain Seorang pemikir Seorang yang mudah serik ~Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas Seorang yang sangat baik Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan Tegas dengan pendapat sendiri Ada semangat yang tinggi
Korang punyer tandatangan cane plk..susah ke senang..hahha kan x pasal2 kena tiru..teringat jamang skoloh dulu selalu tiru tandatangan ayah utk sain buku rekod..huhuhu..jurusnyer anok...

Isnin, Mei 24, 2010

Mengaku kalah Sebelum Berjuang

Pagi ini patutnyer cik dah berada di suatu tempat dimana semua yg ada wajib berpakaian kemas,bergaya,membawa fail yg mengandungi ape2 aje yg berkaitan..tapi cik dah tetap berpakaian biasa menyendeng beg terus ke opis...huhuhu..nape?cik dah dah ngaku kalah sebelum berjuang..wat malu jer kan..ntah mana semangat cik dah hilang..peluang yg ada cik dah sia2 kan.. alasannyer adalah kerana anak2..dorg semakin membesar perlukan perhatian yg lebih..pasni mgkin cik dah kena jaga sendiri dorg xleh nak mengharapkan mertua lagi...umur dah lanjut perlukan masa rehat..ishh ape yg cik dah melalut pepagi ni erk...adakah terlalu pendek akal cik dah wat keputusan ini utk tidak menghadiri sesi bertemu panel penilai.....ape2 ajelah..keje boleh dicari tp masa dengan anak tak boleh dibiarkan...

Ahad, Mei 23, 2010

Baju Cinta

Mesti korang pernah baca kan..xpelah sya share lg skali..
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!".. "Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek. "Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang memakainya Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini dihadapan nenek." pinta si cucu perempuannya. Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dgn mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian sinenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.... "Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi. "BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer....." hahhah..baju cinta punyer psl..
sumber adalah di SINI

Sabtu, Mei 22, 2010

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..". kalau nak kisah lucu lagi silala jenguk pakcikim

Macam nak raya la pulak

kalau time nak raya umah cik dah x sah klau xde ketupat pulut..tapi skg baru bulan wape...kat umah tu x kirela asal ada daun palas,beras pulut..adala ketupat..sape lagi yg membuatnyer mestilah my mil..mmg ada kepakaranla dlm membuat ketupat tu..cik dah plk mmg x tatau lgsg..hahhha..ketupat tu mil wat ptg jumaat..dapat la mkn..tp kan besh klau ada tapai baru leh ngam ngan ketupat tu...baru cam raya betul...hahahha.. p/s teringin la plk nak mkan tapai..huhuhu

Jumaat, Mei 21, 2010

Ruam Panas

Ruam panas yang juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah (Prickly Heat atau Miliaria) merupakan keadaan biasa yang berlaku kepada bahagian kulit yang menjadi tersangat gatal. Kepanasan yang melampau menyebabkan rasa yang mencucuk dan menyengat.
Ruam panas berlaku dalam keadaan panas dan lembab lebih-lebih lagi jika anda memakai pakaian yang tebal. Ianya paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, walau bagaimanapun, individu yang aktif, bayi yang baru lahir di dalam incubator dan pesakit demam yang terlantar di atas katil sepanjang masa juga boleh mendapat ruam panas ini.

Ruam panas kelihatan seperti bintik-bintik kecil yang dikelilingi oleh zon kulit yang merah. Ia biasanya berlaku pada bahagian badan yang dilindungi pakaian, seperti bahagian belakang, abdomen, leher, bahagian atas dada, celah ketiak dan akan berkurangan dalam beberapa hari.

Dalam bentuk yang teruk, ruam panas boleh menganggu mekanisma aturan pengeluaran haba badan (pengeluaran peluh) dan boleh menyebabkan demam, kepenatan akibat kepanasan dan malahan boleh menyebabkan kematian.
88888888888888888888888888888888888
budak dlm picas nila yg mengalami ruam panas tu..aii runsing cik dah dibuatnyer.. budak ni mmg gemor main la..lompat sana lompat sini..pastu berpeluh2..huiishh.. adik dier pun ada gak ruam2 ni..kat leher tu bkn main merah lg..bila letak bedak merah agnesia @ bedak aiken hilang sekejap merah tu..skg abg dier plk yg teruk..kat tubuh tu berbintik2 halus..tp x wape nmpk klau tgk jauh..kena dok dekat2..sbb kulit dier gelap skit...hua..hua..kalu sentuh ngan tangan rase mengerutu..ishh..nak kena cari ubat ni..x boleh dibiarkan..sekarang ni musim panas..kadang2 ujan..tp bdk2 ni x kire ujan ke panas mesti berpeluh.. sape ada petua share la...

close up buah congkak/cokok

Aritu cik dah ada wat entry psl buah cokok nikan..pahtu ada yg mintak nak tgk gmbr yg lebih close up...okies cik dah pun google la..jupe gmbr yg lebih close up...picas ini dimbil dr SINI
buah yg tengah masak ranum..
setelah dibuang kulit..kecik jer..
inilah kerepek malinja tu..sedap ke tak cik dah taktau la..blum merasa lg...

Khamis, Mei 20, 2010

Kelantan beri cuti bersalin 90 hari tahun depan

perhatian..perhatian.. Kelantan telah mengumumkan akan melaksanakan cuti bersalin 90 ari bermula tahun depan.. Kelantan merupakan negeri ke 3 melaksanakan inisiatif ini selepas Selangor dan Kedah...syabas bete...tujuan permberian ini adalah memberikan masa yang panjang untuk penyusuan anak selain penjagaan yg sempurna kepada bayi mereka..tp kan besh lagi kat negara luar..dorang diberikan maternity leave selama 3 bulan hgga setahun...dan tempoh itu dapat memberi banyak masa serta ruang mencukupi dalam memberi tumpuan kepada kesihatan diri dan keluarga.. negeri2 lain tak tahula start bila plk... pada pendapat cik dah la kan..klau cuti lelama sgt..sah2 malas nak masuk kje nnt..alasan sayang nak tinggal anak..pahtu sohih la lupa pasal kje kat opis tu..mcm fresh worker la jwbnyer nnt..belajar balik.. sebenarnya cik dah ada pengalaman sendiri masa maternity leave sthn yg lepas.. bersalinkan fatihah..huhuhu..mmg sadis la jgk masa tu..nak cuti lelama mmg x dapat ler..bekerja ngan org..x leh la susahkan org yg gantikan sementara tu...ermm malasla nk ungkit kisah tu..wat sedih jer..sampai skg igt lg...so skg dah set kat mind kalu preknen yg ke 3 nak berhenti jela..x mau susahkan sape2 lg..lagipun klau bertambah anak maka mmg mak mertua tak daya la nak menjaganyer...2 org pun cam mak rimau dah tok dorg nih...hehhhe...

Malaysian Top Host 2010

Akhirnya mlm tadi malam kemuncak untuk menentukan juara top host 2010..barisan finalis top 5 dr kiri diyana isa,nabihah,fadhil,liyana & zaim helmi..cik dah mmg tgk la rancangan ni dr awal..boleh tahan la semenye hebat2 belaka..igtkan fadhil yg akan dinobatkan juara..nasib x menyebelahinyer...akhirnya juara top host adalah milik syazwani diyana..huhu..klau ikutkan feberet juri adalah nabihah sbb dia petah berkata2..mmg cik dah x jangka pun yg diyana akan mendapat gelaran top host tu...papepun tahniah buat syazwani diyana atas kemenangannyer.. ~persembahan dina mmg best...mengancam..

Rabu, Mei 19, 2010

buah congkak

pernah tgk x buah ini?ia dikenali sebagai buah congkak..kenapa congkak yek..mgkin boleh gantikan guli congkak kut..nama lain cik dah x tahu yek...lagi satu pernah dengar or tengok kerepek malinja tak?hah buah congkak nila org buat kerepek tu...aritu my fil tebang pokok congkak ni sbb ada orang nak beli buahnyer..1oo biji 50 sen..so hasil kutipan adalah dlm 8 ribu lebih...jenuh ktorg nak mengira..ntah betul ke tidak cik dah kire aritu..dah la abg long wat bising 2 3 kali kire semula..last2 cik dah surrender,nasib baik mil ngan fil sanggup lagi mengira sampai sudah...erm cane rupe kerepek tu erk..cik dah tahu nama jer rupa tu hampas tak tahu...hehhheh

Selasa, Mei 18, 2010

lelaki oh lelaki & perempuan oh perempuan

Adalah satu ari tu cik dah bertyakan kat asben ape yg cik dah lihat.. psl org lelaki yg suka usha awek2 tgh jln..x kirela awek tu naik moto or naik kete skalipun..ape yg cik dah lihat ni org laki tu as suami org sebenarnya dok usha awek atas moto.biar betul cik dah ckp..awek tu berisi ala2 montok la jgk..kire comeyla naik moto tu nampakla bhgian yg montok2 tu...huhuhu...lelaki sukala yg cenggitu..cik dah pun tya la asben nape org laki camtu erk...tp bila isteri yg berisi ala2 montok jgk bukan main dorg bising kan...jawapan asben cik dah,isteri mestilah kena jaga dokleh la berisi montok2 sgt..huduh katanyer..lgpun isteri ni haknyer mestilah nak cantik dimata & dekat dihati...pttla cik dah asik kena sound sokmo..kategori nak huduh rupenyer.. kisah kedua plk cam kelakar plk..satu ptg tu kami 3 beranak (cik dah,abg long,adik ya)pegila bertandang ke umah jiran..dari kejauhan cik dah nmpk makcik tu tgh siram bunga kat laman umah dier...tp x bertudungla...pahtu dia terkejut nmpk cik dah & anak2 terus msuk umah capai tudung..kui..kui kantoi la tu...lelah nampak dia berlari2 anak mencari tudungnyer...bila pk blk nape dia capai tudung masa cik dah sampai sedangkan sebelum tu leklok dia siram bunga x bertudung pun..huhuhu.. situasi ni pun pernah berlaku kat cik dah sendiri..bertudung bila segan kat sesorg..ish cam x ikhlas bertudung kan...ermmm..;-P

Kenali jenis-jenis GEMUK

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan menyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :
Gemuk Air • Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. • Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Gemuk Angin • Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar. • Mudah mendapat sakit kepala. Gemuk air dan Gemuk angin:Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.
Gemuk Daging • Badan berasa berat dan pejal. • Mudah penat apabila melakukan tugas harian. • Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. • Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan Gemuk daging: Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
sumber~http://fiq-life.blogspot.com/2009/04/kenali-jenis-jenis-gemuk.html
so korang rase dok kategori mana..cik dah rase cam dok kategori gemuk daging la...huhuhu cane nak turunkan erk...berat skg dah macam berat last preknen fatihah...so skg ni mcm org preknen plk...huhuhu...

Isnin, Mei 17, 2010

Surat nikah untuk sekilogram gula

Alahai sampai gitu skali..kerana gula sekilogram kena tunjuk surat nikah...klau nak beli seguni tu bolehla tahan lg..berbaloi gak nak tunjuk surat nikah..huhuhu.. skrg berlaku kekurangan gula sekitar Terengganu...kejadian yang berlaku di adalah di bandar Dungun...mula2 tu si suami kena tunjuk ic dulu..tp peniaga tu x benarkan membeli gula sbb si suami tu bukan org teganu..tp org kelate...macam x logik plk kerana gula sekg kena blk kelate beli kat sana..hehhhe...pastu dorg pun pegila kedai lain..si isteri plk dikatakan kanak2 lg..so dia jwblah sudah berkahwin..& peniaga tu nakkan bukti surat nikah...aduh mcm2 kan... moral of the story~jgnlah minum air berasaskan gula..nnt x psl2 kencing manis..hehhhe.. bykkan minum air masak,cuaca kan panas skg..

Khamis, Mei 13, 2010

nafsu oh nafsu

klau dah nafsu suka makan mmg x bleh larikan...buatla camaner skalipun ,berpuasa,diet,last2 mesti nak mkn jgk...macam cik dah jgk la..puasa ganti 3 ari jer..tup2 arini rase nk rest dl..hehhe.. bley gtu?...dah kata nak rest bukan main lagila..pg tadi x brekpes so tapaula nasi lemak for rehat kul 10& nasi impit for lunch hours..ala rm 1 jer...huhuhu... klau dah nafsu makan gitulah..itulah yg menyebabkan somi cik dah sound2..ala bang oii bkn mkn byk sgt..skali skala..nasi lemak tu pun ciput jer dlm bungkusan... berpose baru 3 ari cik dah rase perut ringan jer..besh plk..alih2 arini mkn sket rase kembang kembali..huahuaha.. next week sambung kembali pose ku yg tertangguh itu..insyaallah.. p/s baru nafsu makan belum lagi nafsu membeli belah..hahhha...

Rabu, Mei 12, 2010

sllrrrp..wallah..

Arini dah 3 ari cik dah pose...huhu.. alhamdulillah kuat semangat lg... yelah klau x kuat smpai bila nak simpan pose tu.. kenala ganti cepat2..pose dah dekat... ptg smlm wat juadah simple jer.. mee rebus + air carrot susu..wallah... sbnrnya cik dah malas nak makan nasi.. mee rebus cik dah ni stail teganu.. ala macam sup sayur gak.. cuma tambah la ayam sikit.. klau belah luar mee rebus lain ala2 mee kari gtu.. tp kuahnyer pekat.. mee rebus teganu ni simple & senang jer... sebelum ni cik dah x pernah wat pun kat umah tp selalu time lunch hour cik dah beli kat kedai pozi tu hah.. pose ni teringin plk nak makan.. anak2 cik dah suka benor mkn mee rebus tu.. org nak berbuka sibuk join skali... dorg plk siap bertambah2 mkn...huhuhu.. sedap sgt ker? gambar mee rebus xde yek...xde masa nak snap2.. p/s next time nak belajar wat mee kari la.. sape tau share ah..cik dah nak bljr nih... cik abe sani teringin nak makan..

fatihah # 1 tahun setengah

pejam celik pejam celik fatihah insyirah dah setahun setengah rupenyer..kejap jer masa berlalu... pagi td cik dah bawak fatihah g klinik utk check up & cucuk...huhuhu..fatihah mmg baik masa misi cucuk tu..langsung x nangis..heran misi tengok..hehhe...anak mama kannss.. next app bln 7 plk utk timbang...timbang utk arini 9.4kg...okla tu naik 600gm..before ni 8.8kg masa 1thn 3 bln...masa sesi check up tu misi badariah tu ckp graf berat badan fatihah x comey..turun ke bawah..pttnyer makin naik...siap tya ape sbbnyer..kelu nak menjawab...nak wat cane berat x mo naik..makan tu mmg makan sgt...dah naik sikit2 tiap kali timbang tu alhamdulillah dah cik dah rase..ada setengah bdk masa umur 2 3 bulan bkn main debab..tp kat nak setahun tu badan mula susut...fatihah maintain dr awal lahir...x debab x susut...
hek eleh wat tatau jer yek...
sementara menunggu giliran main2 lu kat luar...bosan & panas..ramai giler org..dpt no 5 pun jenuh nunggu..lgpun seme ibu2 yg dtg tu bawak baby kecik..xde sama batch fatihah... alahai risau plk fatihah ni..dah kena cucuk tu wajibla demam nnt..pastu misi pun ada ckp..cucuk tu nnt akan menyebabkan sakit & x bleh berjalan sekejap..hehhe..anak mama tu dah la manje..hrp2 xde pape.. p/s..mama punyer berat wape plk?huhuhu..takkan pose 3 ari makin naik kut...konpius plk klau asik bertukar alat timbang...

Selasa, Mei 11, 2010

bulan bulan islam

muharram safar rabiulawwal rabiulakhir jamadilawwal jamadilakhir rejab syaaban ramadhan syawal zulkaedah zulhijjah.... bulan bulan islam...
ingat ke dok bulan bulan islam ni...biasa org paling ingat bulan ramadhan sbb kena puasa..pastu bulan syawal plk kiter raya...sebelum ramadhan tu dah siap2 soping baju raya mengikut tema...hehhe..bulan2 lain tu rase2 igt dok erk...cam cik dah pun kdg2 lupa gak..tgk kalendar islam tu baru ingat balik..ingat2 lupa... ramadhan dah dekat rupenyer..x lama lg kiter berpuasala kiter yek...x sabar rasenyer menunggu ketibaan ramadhan...tapi sebelum tu korang dah berganti ke blum pose thn lepas tu?hehhe...klau boleh segerakanlah yek... cik dah pun ontway berganti pose la ni..dah 2 ari pose..huhuhu...hrp2 berterusan smpai hbis la.. ari pertama pose cik dah wat kuetiaw goreng jer..lama benor x mkn..pastu wat bubur pulut itam sket...bila berpuasa ni anak2 cik dah cam kepelikkan sbb x brekpes sama2..hehhe..kena kuatkan semangat la..pose sampai hbis.. kawan2 jom la pakat2 pose...hehhhe..

Isnin, Mei 10, 2010

anggur oh anggur

salam.. korang pernah tgk x buah dlm picas tu..hehhe..kalaula buah tu buah anggur..dah lama habis kan..dok dang ke tuan umah agaknyer...cik dah sebenarnya dok tahu pun nama buah ni...tp mcm anggur la...kat umah tu lebat sungguh buahnyer..anak2 cik dah suka mkn buah ni.. anak sedara somi cik dah g bagitahu kat kengkawannye psl woh anggur ni..kata dier umah tok ada anggur..hahha..yo yo jer kan..bdk2 tak tahu papekan...
sungguh menggiurkan...kalaula anggur..

Sabtu, Mei 08, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat seme ibu2 diluar sana..x kisahla ape panggilan pun.. mama,mami,ummi,ibu,mak..pengorbananmu sungguh besar bermula dlm perut hinggalah besar gedabak ni...terima kasih ibuku yg ku panggil ma..walaupun dikau sudah tiada jasamu akan kukenang sampai bila2...korang ada ibu lagi x?klau ada hargailah sementara hayatnyer masih ada..kasihila dia sepertimana dia mengasihimu...sesungguhnye cik dah amat merindui arwah ma,blum puas menatap wajahnya,pengorbanannya blum sempat dibalas sepenuhnyer..cik dah redha atas pemergiannya.. inilah wajah arwah ma kesayangan kami adik beradik..saat bersamamu takkan kami lupakan sampai bila2...huhuuh..x bleh nak sambungla...sebak dada bila teringatkan arwah ma,walaupun ayah dah ada isteri baru tp ttp x bleh sama dengan arwah ma..dua insan yg berbeza..dan klau bleh biarlah cik dah & adik beradik menyayangi mereka dengan cara yg berbeza...ma tetap ma dan umi tetap umi...kami sayang kedua2nyer.. terima kasih utk umi sbb sudi jadi umi kami..jaga ayah kami..pengorbananmu sungguh bernilai kepada kami..semoga terus bersama kami..jasamu amat kuhargai... picas berbintang merah itu adalah ibu mertuaku...mak kepada suamiku...terima kasih mak sbb sudi terima cik dah seadanya sebagai menantu yg kadangkala mgkin hantu..walaupun mak suka berleter tp tetap baik ati...hehhe..bley gitu... ok..cik dah ada 3 ibu skg..korang plk...x kisahla wape pun korang ada..hargai mereka..jgn sakiti ati mereka...jgn bezakan ibu sendiri dgn ibu mertua..pangkat mereka ttp sama..sayangi mereka seadanyer...tunjukkan sikap yg baik kepada anak2 kiter..insyaallah dorg akan mengasihi kiter sepertimana kiter mengasihi ibu2 kiter... SYURGA ITU TERLETAK DIKAKI IBU...