Jumaat, Mei 21, 2010

Ruam Panas

Ruam panas yang juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah (Prickly Heat atau Miliaria) merupakan keadaan biasa yang berlaku kepada bahagian kulit yang menjadi tersangat gatal. Kepanasan yang melampau menyebabkan rasa yang mencucuk dan menyengat.
Ruam panas berlaku dalam keadaan panas dan lembab lebih-lebih lagi jika anda memakai pakaian yang tebal. Ianya paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, walau bagaimanapun, individu yang aktif, bayi yang baru lahir di dalam incubator dan pesakit demam yang terlantar di atas katil sepanjang masa juga boleh mendapat ruam panas ini.

Ruam panas kelihatan seperti bintik-bintik kecil yang dikelilingi oleh zon kulit yang merah. Ia biasanya berlaku pada bahagian badan yang dilindungi pakaian, seperti bahagian belakang, abdomen, leher, bahagian atas dada, celah ketiak dan akan berkurangan dalam beberapa hari.

Dalam bentuk yang teruk, ruam panas boleh menganggu mekanisma aturan pengeluaran haba badan (pengeluaran peluh) dan boleh menyebabkan demam, kepenatan akibat kepanasan dan malahan boleh menyebabkan kematian.
88888888888888888888888888888888888
budak dlm picas nila yg mengalami ruam panas tu..aii runsing cik dah dibuatnyer.. budak ni mmg gemor main la..lompat sana lompat sini..pastu berpeluh2..huiishh.. adik dier pun ada gak ruam2 ni..kat leher tu bkn main merah lg..bila letak bedak merah agnesia @ bedak aiken hilang sekejap merah tu..skg abg dier plk yg teruk..kat tubuh tu berbintik2 halus..tp x wape nmpk klau tgk jauh..kena dok dekat2..sbb kulit dier gelap skit...hua..hua..kalu sentuh ngan tangan rase mengerutu..ishh..nak kena cari ubat ni..x boleh dibiarkan..sekarang ni musim panas..kadang2 ujan..tp bdk2 ni x kire ujan ke panas mesti berpeluh.. sape ada petua share la...

0 kabo mende gok: