selamat pagi.......
masa tengah bersiap2 nak pegi kerja sempat lagi menonton Motivasi Pagi..arini ustaz Harun Din
tengah memberi kuliah tentang mengapa doa2 kiter tidak dimakbulkan Allah swt.......
ada 10 sebab ustaz sempat bagitahu tapi cikdah sempat dengar 2 ajer yang last2 dah......
- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya
(berkaitan dengan solat......orang yang tak solat adalah orang yang tak mensyukuri nikmat Allah swt)
-menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar
2 ni jer sempat cik dah dengar...apepun yang penting diri kiter ni kena dirikan solat...tapi kalu solat setakat tunggang tonggek pun tak jadi hape..kena perbetulkan bacaan dalam solat.........(.peringatan untuk diri sendiri jugak ni)
DIANTARA SEBAB-SEBAB DO’A TIDAK DIPERKENANKAN
Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi yang terkenal, apakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah, Ibrahim bin Adham menjelaskan;
“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;
1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya (lebih kepada ibadah seperti solat,puasa)
2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).
3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu) (tak mengaji)
4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya
5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka
6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana
7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana
8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya
9- Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri
10- Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.”
Wallahu’alam….
sumber disini: TANYA USTAZ HARUN DIN
4 kabo mende gok:
Astaghfirullah..banyak lagi yg blum saya ketahui dan perlu saya pelajari....
@nadia arrumaisha
sama2 kiter perbaiki kelemahan diri
nice sharing ka..sgt bmanfaat :)
uks...bole diamalkan..org lain bace mesti faham lagu len...maksud yg berlawanan denganye...
Catat Ulasan