Selasa, Julai 10, 2012

Lelaki Bertopeng Acu Parang

Assalamualaikum wrt..wbt...


kejadian mengejut di kampung cik dah..rompakan bersenjatakan parang...mangsa adalah adik ipar kepada mak sedara en sani...dulu dorang anak beranak tinggal kat umah yang cik dah duduk sekarang..dorang pindah cik dah pulak duduk situ

malang bertimpa2..dahla kena rompak masa nak pegi report polis..pak cik eksiden pulak..tapi x teruk sangat la..terantuk jer..cik dah belum sempat lagi ziarah bertanya khabar dorang ,en sani jer pergi petang semalam...


citer selanjutnya cik dah copy paste dari sinar harian edisi terengganu


KUALA TERENGGANU - Selepas dikejutkan dengan kes rompakan bersenjatakan parang di Marang kelmarin, kejadian yang sama dilaporkan berlaku di Kampung Wakaf Mensira, Tepuh, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam tiga pagi itu, satu keluarga kerugian kira-kira RM36,000 apabila perompak terbabit melarikan sebuah kereta Proton Waja dan barang kemas seperti rantai, gelang, subang, cincin, telefon bimbit dan dokumen peribadi serta tunai berjumlah RM2,000.
Mangsa, Norhayati Mat Rani, 41, ketika ditemui di kediamannya berkata, ketika kejadian, dia bersama suami, Arifin Salim, 43, berserta empat anak mereka yang berusia dua hingga 14 tahun, sedang tidur.
Bagaimanapun katanya, dia yang tiba-tiba tersedar daripada lena, terkejut apabila melihat empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang sedang menghalakan parang ke arahnya.
“Saya sempat menjerit, sebelum lelaki yang bercakap dalam loghat Indonesia itu menyuruh saya diam. Suami dan anak kecil yang tidur bersama, terjaga daripada tidur, sebelum mereka menutup muka suami.“Dia kemudiannya menyuruh saya membuka rantai di leher, sebelum menyentap rantai itu. Perompak itu juga sempat bertanyakan berapa jumlah yang kami miliki dan bertanyakan barang kemas.
Saya tidak mampu melawan kerana bimbang nyawa kami diapa-apakan,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Darat Batu Rakit.
Katanya, perompak tersebut kemudiannya menutup muka mereka dengan selimut, sebelum menterbalikkan katil mereka dan mengumpul semua ahli keluarga dan mengikat tangan dengan kabel elektrik, di dalam bilik anaknya.
Selepas itu, perompak berkenaan bertindak nekad melarikan kereta mereka yang diletakkan di dalam garaj.
“Walaupun begitu, saya bersyukur kerana perompak itu tidak mengapa-apakan kami sekeluarga dan tiada yang cedera,” katanya yang masih sugul dengan kejadian yang tidak diduga itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, suspek dipercayai warga Indonesia serta memasuki rumah mangsa dengan mengumpil pintu dapur dan polis kini giat memburu suspek.

alhamdulillah dorang tak diapa2kan...kereta pun dah dijumpai balik....
ni buatkan takut ni...dulu masa dorang duduk umah cik dah ni kena gak..mat gian yang masuk time dorang pegi kerja...



4 kabo mende gok:

♥cikmOt♥ berkata... BALAS

alahaii...macam2 kes kan skang ni...

[leily.laily] berkata... BALAS

adusss.. debo ase tinggal mok sorang dumah. dh la area umah kite ramai org kije.
Nauzubillah, harap tersisih dr perkara sebegitu, amin!!!

jaja_NorLiza berkata... BALAS

kat tranu pon ade kes gitu skang nih...fuh..takooottt!!!!!!!!!!!!!!!

izz iizza berkata... BALAS

takut la dengar benda-benda camni..