Selasa, Januari 04, 2011

Hujan di negeri Pantai Timur sehingga Sabtu

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula esok sehingga Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia kawasan yang terlibat di Kelantan ialah di daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dan di Pahang melibatkan daerah Kuantan.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederahana yang kini berlaku di Sabah dijangka berlarutan hingga Jummat. Kawasan yang terlibat ialah di Kudat, Pitas, Kota Murudu, Ranau, Kota Belud, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai, menurut kenyataan itu.


Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang kini berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin ini.


Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga tiga dan lima meter yang kini berlaku di perairan Pahang, timur Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Tioman, Bunguran, Reef South dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu merbahaya kepada semua aktiviti
perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, penangkapan ikan, perkhidmatan
feri, bot kecil, aktiviti pantai, rekreasi dan sukan laut. - Bernama


p/s semalam cuaca elok sangat2..arini pulak petang dah start mendung..gelap guguk dah org teganu kata..harap2 ujan tahap2 biasa ajer..




8 kabo mende gok:

cheqna berkata... BALAS

hulu ganu dok hujan ke???
tak dop lam berita tu..

wahida berkata... BALAS

mudah2an hujan ni x lama lah..kesian kat org pantai timur...

LYaFRINA berkata... BALAS

kat kmn kelmarin n hari ni panas..

cik dah ganu kiter berkata... BALAS

cheqna
ht xdok plk ye kabo..so anda selamat..kui..kui

cik dah ganu kiter berkata... BALAS

wahida
kesian kat bdk2 yg baru sek ..sian dorg nak bawak beg nnt basah kuyup..
kat kelate masih banjir

cik dah ganu kiter berkata... BALAS

lya
sama ar sini pun..

Zaidah berkata... BALAS

kat johorpun cuaca tak menentu...semalam hujan hari nie panas....

Ain berkata... BALAS

rosak plan nak basuh baju..

huhu...

dah namapun musim dia kan...