Selasa, Februari 12, 2013

Skodeng orang ponteng Solat Jumaat



ini citer hari Jumaat baru2 ni.......kitaorang sopim barang dapur kat Mydin...dah settle semua
en sani malas nak balik rumah lagi terus wat keputusan tapau nasi makan kat pantai selepas solat Jumaat....i like........tak payah masak..........orang pempuan memang suka kan bila dapat cuti masak...


sementara menantikan en sani siap solat jumaat cik dah & anak2 duk lam kete
tak kuasa la nak lepas anak2 main kat luar...nanti dorang bising time khutbah.....
dorang dahla jenis duduk tak diam lari sana lari sini....jadi tak nak bagi cik dah mengaum cam singa lapar baik dorang duk lam kete ajer.......



bila dok lam kete ni luas jer mata cikdah dok skodeng orang laki ni
perati tingkah laku dorang time solat jumaat.......rupanya yang datang masjid ni ada yang berlakon ajer
nak tutup mata orang kat umah yang dia sebenarnya pegi solat jumaat tapi hakikatnya tak semayang  pun...cik dah bukan menuduh tapi betul2 berlaku depan mata...masa khatib duk baca khutbah tu ramai lagi yang tak naik masjid....habis khutbah baru dorang naik....
tapi yang tak disangka ada la sorg mamat ni ..duduk bertenggek atas motor betul2 depan kete kitaorang
siap berbaju melayu tak bersampin ajer....hehehhe....gambar takde takut dia perasan nanti...
cik dah perati jer dia...cikdah tengok dia dia tengok cikdah..tak rasa bersalah pun....takkan tak perasan cik dah tengok2 dia.....cik dah ingatkan dia nak naik la masa imam baru solat tunggu2 punyer tunggu tak naik2 jugak..rakaat ke dua dah pun sah ponteng la ni........imam bagi salam terus dia start motor..konon2 dah sudahla

ini ajer gambar skodeng 



 selang 2 kereta ajer dari kami...besh jer dok relaks masa orang tengah solat


kiter zoom kan....budak muda lagi ni....manyak syok ar...
dah kalu solat jumaat tak buat adakah dorang balik rumah nanti wat solat zohor??
sila jawab....



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Solat Jumaat

solat 2 rakaat dilakukan hari jumaat ganti solat zohor..
berjemaah selepas dengar khutbah
hukumnya Fardu Ain.....wajib


Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

[sunting]Hadis tentang Solat Jumaat

Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

[sunting]Syarat wajib solat Jumaat

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

[sunting]Syarat sah solat Jumaat

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjiddewanpadang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetapdi kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah - rujuk (Khutbah Jumaat).

[sunting]Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajibfardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

[sunting]Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.















3 kabo mende gok:

teratai berkata... BALAS

Itu yg pergi masjid tp x sembahyang. Ada juga yg x malu2 mkn senang lenang kat kedai mkn dgn makwenya...

cik dah faridah berkata... BALAS

@teratai
mmg tak tahu malu....sengih molek atas motor tu...

Kesuma Angsana berkata... BALAS

hanya leh tegur dlm hati ajelah ye