Khamis, Februari 21, 2013

kisah pensel dan pemadam



credit to facebook


PENSEL :Saya minta maaf...

 PEMADAM : Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya. 

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak, awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Jangan bimbang, saya langsung tidak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang, saya bangga dengan kerja saya ni. Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih... 



Moral:JIKA kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN seseorang




cik dah kata: pemadam dengan pensel ni macam sahabat karibla..salah sorang tak sanggup melihat kesedihan sahabat dia...susahkan nak dapat sahabat gini.....kalu jumpa tu hargaila sahabat sebaik2 nya.......




1 kabo mende gok:

Unknown berkata... BALAS

pengajaran yg baik nie..thanks..:-)