Ahad, Mei 27, 2012

Cerekarama Tv3 Peluang Kedua

Assalamualaikum wrt wbt......

Tengok tak cerekarama malam tadi?dulu pernah baca cerpen sebijik cam citer ni..tapi cerpen tu macam nak suh suami menghargai isteri..walaupun isteri surirumah tapi penatnya melebihi suami yang bekerja..
.tapi adala part2 suami tu menjadi isteri..mengandung,memasak,kemas umah,jaga anak serba serbila..hinggakan  menyesal lah..katanya tugas isterinya lagi susah darinya  yang berkerja tetap ada  masa keluar minum2 ngan kawan2..tapi tugas isterinya dr celik mata hingga tutup mata sambung celik mata pulak tak habis2 kejenya....ok stop kat situ..itu dalam cerpen la...

dalam Peluang kedua ni lakonan yasmin hani (Marina)& azhan rani (Halim)...berkisah tentang kehidupan rumahtangga...suami suka komplen isteri,isteri pun sama suka komplen suami...ibarat sama dalam kehidupan kiter sekarang la..pasangan suami isteri ni selalu bergaduh...anak2 pun dah bosan..sampaikan anak2 boleh bercakap ngan gambar tok wan ngan tokki dorang...nak dijadikan citer..suatu hari Marina & Halim bangun pagi dan badan dorang bertukar...marina dalam badan halim and halim dalam badan Marina..masa ni memang kecohla..dan2 azhan rani aka halim jadi lembut...

'halim" terpaksa buat semua kerja isteri dan bawa perut yang tengah sarat mengandung..hahaha..tapi cekap jugak kemas umah..clear sebab umpan anak makan eskrem...
marina pulak kena handle semua tugas suaminya di pejabat...siap wat presentation lagi...
yang kelakarnya masa nak solat...pakai telekung..habis terperanjat orang kat opisnya...

pertukaran ni walaupun dalam masa yang singkat dapat mengajar dan menyedarkan mengenai diri masing2...lebih mengeratkan hubungan keluarga dorang...Tokki la ni wat magic ...


itu dalam tivi la...macam dongeng pun ada kan..tapi dalam kehidupan kiter sekarang wape % suami betul2 menolong isteri kat umah?suami korang pulak ada x yang menolong?agak2 dalam seminggu tu wape kali menolong?hahah banyak soal pulak cik dah.........

cam cik dah pulak..kalu terlalu penat campur pulak dekat2 nak bendera merah..kan masa ni hormon tak stabil..nak melenting jer kerjanya..ada gak membebel kat suami kalu tak menolong...tapi time mood ok..boleh jer wat semua kerja umah sendiri......beres jerk...hahahha...

6 kabo mende gok:

ainnoraini berkata... BALAS

Tak tengok la plk semalam..balik pun dh lewat keluar gi carik brg2 anak2 kat kedai..

al-lavendari berkata... BALAS

sejak bersara saya bertugas sebagai assistan suri rumah sepenuh masa. kadang2 ponteng gak ..hehe

suhaina laui. berkata... BALAS

xdan tgk...tv tgk sy hehehe...

teratai berkata... BALAS

Alaaa tak tengoklah pulak, keluar makan semalam dgn famili!

Azian Elias berkata... BALAS

salam kenal..

cam ne agaknya lelaki mengandung ek???hee

jaja_NorLiza berkata... BALAS

saya suke cter tu...dan paksa asben tgk skali...senyum jer asben tgk cter tu...asben kata sy suka bebel sebijik cam lam cter tu...haiissshhh....