Khamis, Disember 09, 2010

Hidung berdarah

Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?
Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Apakah punca hidung berdarah?
  • Kecederaan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering~sekarang musim hujan kat ganu,pagi2 sejuk giler
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin~bersin sokmo ada resdung kan
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung
Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera:
  • Duduk dan tunduk ke hadapan
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
  • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor
sumber:info sihat


2 kali doh cik dah perasan lam hidung cik dah ada darah
aritu kan asik dok bersin 7 8 9 kali dalam satu masa
kes resdung la ni
darah tu takde la meleleh
kesat2 ngan tisu terus takde
muskil gok darah dalaman atau luka di dinding hidung tu

2 kabo mende gok:

Unknown berkata... BALAS

tak pernah lagi berdarah hidung... salah satu puncanya bila cuaca terlalu panas..

::Kak Sambal:: berkata... BALAS

luka dalam hidung tue kut... selalu bersin, harap takde ape2..