Jumaat, November 26, 2010

Tips mengatasi anak manja

salam jumaat
dah sarapan ker?
arini nak bagi tips sikit berkenaan anak manja
aritu abang cik dah Sukhry tu cakap anak dia adam jadi manja
cik dah gelak sorang2
sebab nyer anak dier baru jer 7 bulan
memang biasa la umur gitu manja sikit
tak reti pape lagi kan
lainla kalau umur fatihah @ muizzuddin
kena gak pantau kemanjaan nyer tu 
agar tak memudaratkan kiter
susah tau kalau anak terlalu manja
nantikan serba mende tak kena dibuatnyer


inilah adam iskandar..
anak sedara cik dah yang ke brapa erk
oloh ramai sgt anak sedara
tak silap yang ke 20
ok mari kiter lihat tips mengatasi anak manja


Tips mengatasi anak manja

Runsing kan kalau mempunyai anak kecil yang terlalu manja?. Apatah lagi sekiranya manjanya itu shingga mengganggu kemampuannya untuk berdikari. Berikut adalah tips bagaimana menangani anak yang terlalu manja :
1. Merefleks kembali kepada sejarah lampau yang telah dilalui dengan anak. Kita perlu sedar bahawa apa yang telah berlaku di masa lalu bukanlah suatu alasan untuk terus memanjakan anak. Mungkin anak pernah melalui masa gelap, fobia terhadap sesuatu, atau apa pun alasan, kita harus terus bersikap objektif dalam mendidik anak. Tidak terlalu keras dan tidak pula sehingga memudaratkan masa depan anak.
2. Jangan terlalu sentiasa menumpukan perhatian kepada anak dan kehendaknya sahaja. Anak juga perlu diajar untuk memberi perhatian dan empati kepada persekitarannya dan memahami bahawa setiap orang juga punya kehendak dan perasaan.
3. Sekiranya anak merengek meminta perhatian, cuba alih perhatiannya terlebih dahulu dengan mengingatkannya tentang sesuatu ganjaran baik yang akan dia dapatkan sekiranya menjadi anak yang baik. Peringatan tentang ganjaran menjadi seorang yang baik ini harus selalu diulang-ulang kepada anak-anak.
4. Ajarkan anak cara bergaul yang baik. Misalnya, dengan mengajarkan anak kita meminjamkan barang yang diperlukan oleh temannya.
5. Berikan pelukan kasih sayang dan kata-kata yang membuat dirinya tenang.
6. Sekiranya keinginan anak bermanja secara tiba-tiba meningkat dan nampak dengan jelas ada reaksi pada waktu-waktu tertentu. Berikanlah waktu khusus untuk memenuhi kehendaknya itu secara beransur-ansur. Jadi lakukan perubahan secara berperingkat. Kurangkan sedikit demi sedikit, jangan terus berubah.


sumber :anakkusayang




5 kabo mende gok:

mekchu berkata... BALAS

suka tips no 2 tu.. parents skang terlalu ikutkan apa yg anak nak.. sbb tu makin lama makin manja..

CiK Jue aka ibu FarisYah berkata... BALAS

BAGUSLAH..SHARE IN CARING...

r|nA @ ja|j|na berkata... BALAS

mekaceh dbb kongsi tips..leh praktikan ni..untuk elakan echa terlalu manje..ni pon macam dah nmpk sikit²..

Tanpa Nama berkata... BALAS

good info..maira skang manje yang amat.umur 1thn 5 bln..huh gaknyer dia tau ada persaingan dalam perut

[leily.laily] berkata... BALAS

nk kena praktikkan la petua tu,
tq idah.. =)