Khamis, Oktober 14, 2010

Cerita Di Sebalik Majlis Perkahwinan Angkasawan Negara

citer ini cik dah amik kat gua.com.my..

1) Sebelum majlis akad nikah bermula, seramai lapan orang tetamu jatuh ke dalam kolam yang terdapat berhampiran ruangan solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pihak pengurusan masjid akhirnya terpaksa meletak penghadang untuk mengelakkan lebih ramai mangsa.

2) Seramai 20 orang ‘hulubalang’ digunakan untuk membawa masuk hantaran daripada pihak lelaki dan wanita. Semua hulubalang ini adalah peserta Pencarian Lelaki Maskulin 2010.

3) Dulang hantaran yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak ditempah dari Guangzhou, China. Manakala kakinya pula ditempah dari Jakarta, Indonesia.

4) Semua angkawasan yang menghadiri majlis perkahwinan ini diberikan sepasang persalinan Baju Melayu atau Baju Kurung yang juga ditaja oleh Jakel. Ada yang lengkap bersongkok, ada juga yang tiada bersongkok kerana stok saiz songkok tidak bersesuaian dengan saiz kepala orang Barat.

5) Untuk majlis persandingan, perunding perkahwinan menggunakan lebih 100 orang tenaga kerja, termasuk 30 orang dari Indonesia untuk menyiapkan dekorasi dalam dewan.

6) Semua bunga-bungaan segar yang digunakan untuk majlis perkahwinan ini diimport dari China dan Taiwan kerana bunga-bungaan dari kedua-dua negara ini lebih tahan lama. Sebanyak 120,000 kuntum bunga telah digunakan.

7) Cenderahati untuk tetamu merupakan kristal yang ditempah khas dari China. Manakala pentas pelamin sepanjang 21 meter dan tingginya lima meter ditempah dari Jakarta, Indonesia.

8) Kek berbentuk roket yang digunakan untuk acara memotong kek adalah replika semata-mata. Kek yang disuap ke mulut pasangan pengantin adalah kek yang disediakan terlebih dahulu oleh perunding perkahwinan. Ramai tetamu yang mengambil kesempatan bergambar bersama replika kek roket memandangkan ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

9) Majlis pernikahan pasangan itu dihadiri lebih 1000 orang awam yang turut sama memeriahkan upacara tersebut. Mujur tidak semua rakyat Malaysia hadir menyaksikan upacara tersebut kerana Dr.Sheikh Muszaphar memang mengumumkan jemputan kepada seluruh rakyat Malaysia.

10) Tidak ada sebarang sidang media diadakan selepas majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini selesai. Namun, atas desakan para jurufoto, pihak pengantin memberi sedikit masa untuk foto mereka dirakamkan selepas majlis tersebut berlangsung.




4 kabo mende gok:

r|nA @ ja|j|na berkata... BALAS

perg, ni mesti kos cecah ratus ribu ni..lagipon mesti ade yg sudi menaja kan..

|| a - j . E . E || berkata... BALAS

membazir2.... huhu

cik dah ganu kiter berkata... BALAS

xpela dorang byk duit..

kiter yg xde duit ni doakan wedding mrk kekal hendaknye..
yela dah bazir byk nnt malu..wedding grand

Mizz_Ila berkata... BALAS

meriah walaupun agak kelam kabut. apa pun tu hak mereka. mereka ada duit ada nama & x salah mereka nak buat utk kenangan mereka.