Khamis, Julai 22, 2010

Baby Putih Mak Pak Orang Itam


LONDON: Sepasang suami isteri kulit hitam terkejut apabila anak bongsu mereka dilahirkan dengan sifat berbeza sama sekali - berkulit putih, bermata biru dan berambut perang.
Selepas diperiksa, bayi perempuan itu, Nmachi Ihegboro (bermaksud Keindahan Tuhan), didapati normal dan bukannya menghidap penyakit albino.
Bapanya, Ben, 44, berkata dia dan isterinya, Angela, amat terkejut dan sekadar mampu memerhatikan Nmachi selepas dia dilahirkan.
Bagi Angela, 35, anak bongsunya itu dianggap ‘bayi ajaib’.
Kata Ben, apabila kali pertama melihat Nmachi, dia bergurau dan bertanya: “Benarkan dia anak saya?” “Sebenarnya, perkara pertama yang terlintas di kepala ketika itu adalah pertanyaan - di mana silapnya?” Namun, katanya, rasa tertanya-tanya itu segera hilang selepas melihat Nmachi dikelilingi abang dan kakaknya - semua berkulit hitam - di rumah mereka di London Selatan.
Katanya, dia yakin Nmachi memang lahir sebagai darah dagingnya.


p/s~setiap kejadian ada hikmahnyer..



2 kabo mende gok:

az rina a.k.a jaijina berkata... BALAS

mesti dah besa nnti anak die tnye kenapa dia len dari abang2 dia..pasti ade hikmahnha tu kan..

idah @mama izzya berkata... BALAS

tu ar nnt bila besar mesti ye tertya2 kan..lain benar kulitnyer..