Selasa, Ogos 25, 2009

anak derhaka

kes ni berlaku kat kuala berang..sanggup anak derhaka kat mak dier..katok mok dier ngan btg kayu..zalimm ngoh ah anok mokcik ni..sedih & geram sesgt2 bila baca td..sggup ye wat gtu ke mok dier..dok bau syurgalah gamoknyer..kat sini mama tepek news tu yg mama ambik dr hmetro..kpd anak2 diluar sana hargai ibu anda selagi hayat masih ada..jaga & belailah mereka spt mana mereka belai kiter dr sekecik tapak kaki hgga ke besor gajah ni..(hehheheh)...kekgi bila xdok baru nok nyesal dok sudoh... KUALA BERANG: Berang selepas isterinya dituduh mencuri dua gelang emas, seorang lelaki sanggup menderhaka kepada emak kandungnya sendiri apabila tergamak membelasah warga emas itu hingga patah tangan kanan dan bengkak seluruh badan.Pada mulanya, suri rumah malang berusia 62 tahun itu memanggil menantunya selepas mendapati dua gelang emas yang disimpan dalam sebuah beg di ruang tamu rumahnya hilang pada 15 Ogos lalu.Dia bertanyakan menantunya yang berusia 20-an itu sama ada ternampak gelang yang disimpan dalam beg, tetapi isteri anak lelakinya itu menafikan pernah melihatnya.Mangsa yang resah dengan kehilangan itu kemudian bertanyakan hal sama kepada anak lelakinya, tetapi dia kerap kali mengelak apabila diajukan pertanyaan mengenai barang kemas berkenaan.Bagaimanapun, pada jam 6 petang Selasa lalu, anak lelaki wanita itu yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumahnya, datang berjumpa ibunya yang sedang mengikat sayuran seorang diri di depan rumah di Kampung Tengkawang, dekat sini.Lelaki itu terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap ibunya yang didakwa menuduh isterinya mencuri dua gelang emas yang hilang.Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan si ibu menuduh anaknya mencuri barang kemas itu dan bukan menantunya kerana perkara sama pernah berlaku di rumah itu sebelum ini.Berang dengan tuduhan ibunya, lelaki itu mencapai sebuah basikal di halaman rumah berkenaan dan melontarnya ke dinding rumah sebelum menghilangkan diri.Dia muncul semula 10 minit kemudian dengan membawa sebatang kayu dan terus menyerang ibunya dengan membelasah badan dan tangan kanan mangsa sebelum meninggalkan warga emas berkenaan kesakitan di halaman rumahnya.Mangsa yang bengkak badan dan cedera di lengan kanan kemudian menemui seorang tukang urut untuk mengurut sebelum diberitahu lengannya patah berikutan kejadian itu.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, berkata berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang di sini, Sabtu lalu.Mangsa dihantar untuk rawatan di Hospital Hulu Terengganu, disahkan patah tangan kanan berikutan kejadian itu.

7 kabo mende gok:

saveme_zero berkata... BALAS

x bau syurga la ko!! eee..geramnyaa!!

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ berkata... BALAS

dasyatnyer...memamng derhaka betul...

~aRniNaDrah~ berkata... BALAS

eee teruknya... bulan2 puasa ni bukan nak menambah amal ibadah dan berbuat baik dgn ibu bapa tapi sebaliknya. Moga Allah bukakan pintu hatinya kembali bertaubat dan memohon keampunan dr ibunya. ameen...

zieha berkata... BALAS

tak taulah apa nak jadi gan anak2 sekarang.mudah2an anak kita dijauhilah dari golongan seperti itu..huhuhuh..

cik dah ganu kiter berkata... BALAS

org pun bila baca news tu rase nk ketuk2 kpala ank menantu makcik ni..jahat ngat..ngan mak sendiri pun nak wat cenggitu...

MiszMama berkata... BALAS

dah macam dalam drama swasta kat tv pulak..mama! jemput datang join kontes kat umah ku ye..adiah boleh pakai untuk raya..mane tau kut2 mama menang, nanti boleh anta adiah direct kat depan pintu umah mama..hehehe.. raya ni kite balik tranung..cam biase

cik dah ganu kiter berkata... BALAS

to miszmama;
kontes miszmama tu ssh sgt la..tp klau nk bg hadiah free best gak..leh jer ntar dpn umah..hehhe