1.Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi  
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut.  
lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab  
mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah
  dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan  
berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum  
orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5.  “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh 
ketika  membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya 
dengan api  neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan 
bumi.”
6.  “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah 
akan  mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang 
dibuat dan  memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk  setiap wanita yang menganyam akan benang 
dibuatnya, Allah telah  menentukan satu tempat khas untuknya di atas 
tahta di hari akhirat.”
8.  “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan 
kemudian  dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit 
baginya  ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 
orang lapar  dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak 
berpakaian.”
9.  “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut 
anaknya,  menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri 
anaknya itu,  Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak 
helai rambut  mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat 
dan menjadikan  dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang 
memerhatikannya.”
10.  Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut
 dan  janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan 
 memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah  
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah  
taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan
  dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11.  Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu 
masalah  agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12.  Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan 
Allah dan  kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 
tahun lebih  awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat 
dan bidadari  dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan 
menunggu kedatangan  suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat 
daripada yakut.
13.  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
 tetapi  Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
 iaitu  memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah 
perhiasan  dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14.  Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat 
perkahwinannya,  cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas 
kahwin).
15.  Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau 
memandang  kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya 
ia mentaati  perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga 
harta engkau  dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai 
ialah wanita  solehah.
P/s:Wanita sepatutnya bergembira kan…
sumber info :- kerangs.net 
 
 
6 kabo mende gok:
beruntung jadi wanita... rebutlah peluang itu... thnks kak :)
ALHAMDULILLAH.. SBB TU WANITA NI MAKHLUK CIPTAANNYA Y PALING ISTIMEWA
kalau buat semua perkara² di atas, mmg beruntung jadi wanita..Allah jadikan seseorang wanita iti bersebab..
beruntung nya jadi wanita solehah...byk yg ganjaran........
thanx 4 sharing dik .. gud info nie :)
tq cik dah share info ni...akak CNP ke blog akak yer...
Catat Ulasan