Selasa, Mac 23, 2010

Permintaan kepada Yang Maha Esa

Ketika aku meminta kekuatan
Tuhan memberikan kesukaran
kerana melaluinya aku akan menjadi kuat
ketika aku meminta kebijaksanaan
Tuhan memberikan masalah utk aku selesaikan
kerana melaluinya aku mendapat pengalaman
ketika aku meminta kemewahan
Tuhan memberiku akal untuk bekerja
kerana melalui berfikir aku mula melihat cara
ketika aku meminta ketabahan
Tuhan memberikan rintangan untukku hadapi
kerana melaluinya aku akan teruji
ketika aku meminta cinta
Tuhan memberiku insan insan yg menderita
yang perlu kubantu
kerana melaluinya perasaan cinta akan bermula
ketika aku meminta bantuan
Tuhan memberiku peluang
kerana melaluinya aku mula mencuba
betapa indah dan bermaknanya hidup ini
kerana Tuhan tidak pernah memberi apa yang aku pinta
tetapi aku menerima segalanya yg aku perlukan
utk meneruskan kehidupan ini...........
Terima kasih Tuhan
kerana secara tidak langsung aku telah menerima segalanya.
~sajak ni cik dah dpt masa join seminar asas kejayaan thn 2004 oleh CDM zhulian..lupa dah nama org besar tu...huhuhu..

0 kabo mende gok: