Isnin, Oktober 17, 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

Assalamualaikum wrt wbt........

ceria2 dipagi isnin......aik cik dah tetiba bagi info pasal ibu mengandung ni,ada pape ker??
hehehe..takde pape pun......saje nak share ngan korang tentang kemuliaan ibu mengandung dalam islam...
itu tak bermakna cik dah mengandung yek.......mari kiter sama2 lihat


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat





sumber :SINI

wah wah hebatnyer kemuliaan ibu2 mengandung ni....


cik dah bila lagi yang ke 3???

8 kabo mende gok:

LYAfrina berkata... BALAS

syukur alhamdulillah.. walaupon pelbagai ujian n rintangan.. tp tuhan masih sudi memilih lya utk membawa satu nyawa dlm perut... betapa bruntungnya prempuan y diberikan ksempatan oleh allah awt utk membawa zuriat

Jue berkata... BALAS

syukurnya dilahirkan seorang wanita..sungguh tinggi darjat wanita disisi allah taala...

mintak nak share ye...

MamaRaisya a.k.a Lisa berkata... BALAS

HUHUHU...SYUKUR DILAHIR AS WANITA...HUHUHU..TP BILA LA NK NGANDUNG AG..KEH..KEH..MOOD XSABAR SGT NK DPT BABY LAGI...

zaidah berkata... BALAS

BETAPA BESARNYA PAHALA SEORANG WANITA YANG DIBERI PELUANG UNTUK MENGANDUNG...TAPI MASIH RAMAI LAGI WANITA YANG SANGGUP MENGGUGURKAN KADNUNGAN...

halila Ibrahim berkata... BALAS

bahagia kan jd seorang ibu ... walaupun jenuh nk layan kerenah anak2 tp best la..

BTW .. salam kenalan : )

ayeesha anna berkata... BALAS

beruntungnya jadi wanita

MamaYatie berkata... BALAS

alhamdulillah...Allah bg kita kesempatan & peluang utk merasai nikmat bergelar ibu...banyakkan pahalanya...ni yg rasa nak branak lagi nih...hahaaa

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata... BALAS

bestnye..hope one day ada rezki utk maera dan suami.amin..