Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 17, 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

Assalamualaikum wrt wbt........

ceria2 dipagi isnin......aik cik dah tetiba bagi info pasal ibu mengandung ni,ada pape ker??
hehehe..takde pape pun......saje nak share ngan korang tentang kemuliaan ibu mengandung dalam islam...
itu tak bermakna cik dah mengandung yek.......mari kiter sama2 lihat


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat





sumber :SINI

wah wah hebatnyer kemuliaan ibu2 mengandung ni....


cik dah bila lagi yang ke 3???

Khamis, Mac 10, 2011

MAAJUN ANGGUN BISTARI (Plus Family planing)

Semalam ada cik dah upkan pasal Maajun Anggun Bistari kan
so ni serba sedikit info tentang maajun tu
cik dah baru nak try hujung bulan nanti lepas pek mercilon habis
benda baik ape salahnyer share
mungkin ada yang tak berani nak makan sama cam cik dah gak
tapi lepas kawan cik dah makan and bagitahu kesan positif baru berani nak mencuba
kawan cik dah mengalami masalah period yang tak mau kuar
bayangkan 5 bulan tak period pahtu keputihan yang teruk
menyebabkan dia tak preknen2 
3 tahun dia kawen badan naik bagai dipam2 sebab period tak kuar
sebulan dia makan maajun tu terus period
alhamdulillah...harap2 maajun tu membantu dia preknen
so sekarang mari kiter sama2 kenali ape itu 
MAAJUN ANGGUN BISTARI
v
v
v
v

Produk amalan tradisi keluarga sejak 35 tahun untuk dikongsi kepada puan-puan khas untuk yang telah berkahwin.

Jika puan-puan berhajat untuk merancang keluarga dengan cara tradisional, bolehlah mencuba dengan Maajun Anggun Bistari ini dimana kejayaannya adalah 100% dengan syarat mengikut disiplin makan yang betul.

Telah diamalkan sebagai tradisi keluarga sejak 35 tahun dulu. Dahulu ianya dijual hanya dari rumah ke rumah sahaja. Tidak dijual dimana-mana kedai ubat atau farmasi.

Bagi yang kurang selesa family planning dengan kaedah moden adalah dipelawa untuk mencuba kaedah tradisi ini dan setelah mendapat kejayaan & keyakinan boleh membuat perbandingan dengan kaedah moden.

Khasiat

1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan/family planning.
2. Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan di liang faraj yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan.
3. Mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita selepas bersalin.
4. Memontokkan dan memejalkan kembali otot payudara
5. Menghangatkan dan mengeratkan hubungan suami isteri.
6. Memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.
7. Melancarkan peredaran haid setiap bulan jg mengembalikan darah haid yg terhenti selepas penyingkiran toksin atau darah-darah kotor.
8. Membuang/menyahkan darah-darah kotor dan toksin dalam badan
9. Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari
10. Mencantikkan kulit iaitu selepas pengeluaran toksin-toksin dan darah-darah kotor yang terdapat di dalam badan
11. Mempertingkatkan kembali imum ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.
12. Merawat/memecah ketulan angain bagi yg mengalami masalah angin di dalam badan
13. Melawaskan pembuangan air besar
14. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan
15. Mengurangkan kesakitan ketika haid (segugut)
16. Dapat melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet. Ini kerana akar-akar kayu ini bertindak sebagai penyikiran bahan-bahan toksin di dalam badan. Jadi badan menjadi ringan dan segala lemak dapat disingkirkan.
17. Dapat menambahkan air susu bagi wanita yang sedang menyusukan bayi
18. Melambatkan proses menopous bagi golongan wanita yang sudah berumur.
19. Merawat sakit-sakit sendi,sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan terutama bagi golongan wanita yang telah berumur.
20.Mengempiskan perut dan menegangkan kembali otot-otos perut terutama bg ibu yg lepas bersalin.
21.Kelihatan awet muda bg wanita yang mengamalkan secara berterusan

ATURAN MAKAN

1. Bagi yang lepas pantang, mula makan pada hari ke 44 lepas bersalin, sekiranya masih ada baki jamu2 selepas bersalin yg belum dihabiskan seeloknye habiskan dulu, kemudian barulah mula makan MAB. Ini krn sepanjang tempoh pengambilan MAB, tidak digalakkan campur/makan bersama jamu2 lain atau apa2 produk herba krn dikhuatiri mengganggu t/balas MAB atau period menjadi lebih tidak menentu.

2. Bagi yang merancang sendiri atau utk mereka yang kitaran haidnye biasa/normal, boleh mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period, walaubagaimanapun sekiranye terlepas tempoh ini kalau kurang dari seminggu period, bole juge nak terus mula makan, jika tidak anda perlu tunggu kitaran haid yang seterusnye bg memastikan tidak mengandung dan spy kitaran haid lebih teratur.

3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh makan bersama pil atau apa2 vitamin yg lain asalkan tiada kandungan herba.

4. Bagi yang merancang mengguna IUD , kaedahnya mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
ii) Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan samada nak teruskan pakai IUD atau MAB sahaja.

5. Bagi yang merancang mengguna injection, kaedah mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3,4, atau 5.
ii) Bagi yang tidak period dapat mab dan terus mula makan.
Selepas expired injection boleh putuskan terus sambung injection atau MAB sahaja.



maklumat selanjutnyer boleh baca kat Sini........Maajun Anggun Bistari





Khamis, Januari 27, 2011

Rahsia bulan kelahiran ~Febuari

ini adalah kajian oleh Yang berbahagia Dato'Dr Fadzilah Kamsah
cik dah amik dari facebook
sape yang lahir bulan febuari @ 2 sila angkat kaki..hahhaha
cik dah ngan cik abe lahir bulan yang sama tau

mari kiter lihat kajian itu.......

berfikiran abstrak
sukakan benda yang realiti dan abstrak
bijak dan pintar
berpewatakan yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam
pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
suka kegiatan yang lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamerkan marahnya
tidak suka mende yang remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita2 tinggi,suka berangan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamerkan emosi
perlu belajar kemahiran bersosial
sifat cemburu yang tinggi

Rabu, Januari 12, 2011

Kenali jenis-jenis gemuk dalam diri anda

Jenis-jenis kegemukan

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging

• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air
dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.


Selasa, Disember 28, 2010

Jangan anggap kiter lebih

Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

~jika berjumpa dengan kanak2,anggaplah kanak2 ini lebih mulia drp kita kerana kanak2 ini belum banyak melakukan dosa daripada kita

~apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana sudah lama beribadat

~jika berjumpa orang alim anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang dia telah pelajari dan ketahui

~apabila melihat orang jahil anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui

~jika melihat orang jahat jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya

~apabila bertemu dengan orang kafir katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk islam,maka segala dosanya akan diampuni oleh Allah SWT




Jumaat, Disember 10, 2010

Fadhilat Bismillah

 ~Allah swt memerintahkan malaikat mencatat amal manusia 
yang membaca bismillah sebanyak 400 kebaikan
~membaca 21 kali ketika hendak tidur 
akan aman dari syaitan,kecurian,maut mendadak dan bala
~membaca ketika akan berjimak akan melahirkan
anak yang cerdas,terbuka hatinya serta menjadi anak
yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu
~membaca 41 kali ke telinga orang yang pengsan akan segera siuman
~membaca 313 kali dan selawat atas Nabi s.a.w  100 kali 
pada hari ahad pada saat matahri terbit dengan menghadap 
kiblat,akan mendapat rezeki yang tidak terduga
~membaca 786 kali kemudian tiupkan pada
air lalu diminumkan kepada orang yang bebal 
selama 7 hari pada saat matahari terbit,akan lenyaplah kebebalannya
~membaca 50 kali dihadapan orang zalim,akan tunduk dan takutlah orang zalim itu
~menulis 61 kalimat dengan huruf arab diatas kertas putih lalu disisipkan ke perut perempuan hamil,insyaallah hidup anak yang dikandung itu








Khamis, Disember 09, 2010

Hidung berdarah

Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?
Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Apakah punca hidung berdarah?
  • Kecederaan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering~sekarang musim hujan kat ganu,pagi2 sejuk giler
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin~bersin sokmo ada resdung kan
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung
Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera:
  • Duduk dan tunduk ke hadapan
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
  • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor
sumber:info sihat


2 kali doh cik dah perasan lam hidung cik dah ada darah
aritu kan asik dok bersin 7 8 9 kali dalam satu masa
kes resdung la ni
darah tu takde la meleleh
kesat2 ngan tisu terus takde
muskil gok darah dalaman atau luka di dinding hidung tu

Selasa, November 09, 2010

Berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah

cik dah nak share ngan korang ni notes yg cik dah tengok dalam FB..sebagai peringatan bersama...
Berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah kerana nama syaitan dalam Al-fatihah
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.




Rabu, Oktober 06, 2010

Bahana letak komputer riba atas paha

GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP



Ahad, September 05, 2010

Potong kuku ikut sunnah Nabi

potong ikut turutan nombor


Korang suka simpann kuku panjang tak?selesa ker bila kuku panjang ni?errmm
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.




Jumaat, Ogos 27, 2010

Cuti Nuzul Al-Quran

Salam Jumaat & salam ramadhan
Arini cik dah cuti sempena Nuzul Alquran + ari jumaat
teganu memang cuti ari jumaat yek!
insyaallah jap lagi nak g soping baju raya utk suami & anak2

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam jumaat,17 Ramadhan tahun ke 41 daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira' bersamaan dengan tanggal 6 ogos 610M.Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-quran.Ayat Al-quran yang mula2 diturunkan Allah Swt kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama dari Surah Al-Alaq

sumber :DISINI



Ahad, Ogos 22, 2010

Zakat Fitrah 2010/1431H

Pengertian zakat fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
 

~Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
 

~Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
 

~Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
 

~Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah pembayaran zakat fitrah
 
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
 
"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim
 
Kadar Fitrah  
 
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.  

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

~waktu wajib :apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
~waktu yang paling afdhal :sebelum sembahyang hari raya
~waktu sunat :Sepanjang bulan Ramadhan 
~waktu makruh:Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahri pada satu syawal 
~waktu haram :selepas terbenam matahri pada satu syawal ;hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah pada waktu itu ia dikira qada.sekiranya masih dilengahkan maka akan bertambahla dosanya

kadar zakat fitrah setiap negeri

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00 / 7.50 *
Pahang
7.00
Terengganu
5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.00
Sarawak
5.20
Sabah
6.80
Wilayah Persekutuan
7.00
*Mengikut jenis beras


p/s:sama2 lah kiter menunaikan zakat yek!






Ahad, Ogos 15, 2010

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

salam ramadhan
dah baca paper arini lum?ni hah kepada rakan sekalian yang memang nak cantik tu berhati2 la dengan barang yang korang gunakan..sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
ish bahaya gak kan..ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.tapi orang sekarang ni seme fikir nak cepat cantik kan..tu yang sanggup beli barang2 ni walaupun harganyer mahal..
Yang kaya raya pengeluar produk; pengguna pula menanggung derita!


Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop,Body Beaus,BMI-9 Xylimming Capsule,Senna Plus Capsule 

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami 

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
 Obexlim,Slimax Coffee,Beaute Fit Body Contour,Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray  

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa,Majun Dua Istimewa,Ginseng Jin Fui Wan,Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga,Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat),Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule,Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill,Makjun Syafiq 3 Istimewa,Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan 
 
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu: 
Eriesya Spa Beauty Cream,Atika Beauty Renewal Cream,Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya,Ratna Sari Whitening Night Cream,Tia Amelia Krim Jeragat,Chantique Whitening Night Cream,RZAC White Pearl Cream,Nuriz Day and Night Cream,Elite Rias Er Cream,R&Z Whitening Night Cream,Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream,Pigmentation Recovery Complex, Zara Rejuvenation Cream,Natasya Krim Herba Gold,De Putih Night Cream 
 
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill 
 
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
 Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan,Qian Tong Dan,Raja Ubat Resdung,Coral Plus UA 350MG 
 
~berita selanjutnyer BACALAH


Jumaat, Ogos 13, 2010

Adab Berpuasa

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)




Selasa, Ogos 10, 2010

Lafaz Niat Puasa Sebulan Ramadhan

 Kawan2 ku sekelian..sesape yang dah terlupa niat puasa tu leh la rujuk sini yek...


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa harian Ramadhan


“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.


sumber :DISINI

Jumaat, Ogos 06, 2010

40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK

nak share sesuatu ni..
sumber dari Anak Pintar


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

♥♥♥♥♥
kadang2 kiter lalai dalam mendidik anak..sambil lewa jer..
mari la kiter sama2 insafi diri..
perbetulkan kesilapan kiter dalam mendidik anak2
anak2 adalah anugerah yang tak ternilai harganyer


Rabu, Ogos 04, 2010

Scott's Emulsion

cik dah nak share pasal scott's emulsion..pakat2 baca deh....


♥♥oren scott's emulsion membantu membina daya tahan diri dari jangkitan.Minyak ikan kod dan Vitamin A membantu sel2 epithelial diruang pernafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan
♥♥oren scott's emulsion mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak2 yang sempurna.Vitamin A adalah perlu utk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak2(dan jg org dewasa).Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat.juga mengandungi khasiat yg penting untuk pencegahan penyakit tulang lemah
♥♥oren scott's emulsion mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna
♥♥oren scott's emulsion adalah mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A,D,Kalsium & fosforus
♥♥ia juga membantu memelihara dan mencegah kekurangan vitamin A & D akibat dari pemakanan yg tidak seimbang ataupun apabila keperluan meningkat
♥♥oren scott's emulsion membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan

scott's emulsion


lately anak cik dah selsema & panas tubuh (demam) tapi tak melarat la..mungkin sebab banyak makan durian kut...kui..kui..
bila dah selsema memang cik dah bagi dorang scott's emulsion 
so far so good la..
mak mertua cik dah pun minum aritu terus tak jadi selsema..
alhamdulillah..

masing2 berebut nak vitamin...asik dok mintak jerk..

sabo yek abang long...ikut turn...
dulu masing2 susah benor kalu nak makan ubat demam..tapi bila ajak berscott's emulsion ok jerk....

~tapi cik dah dok wape nok bulih telan scott's emulsion ni..wase cam melekat jer kat kerongkong..kui..kui..
kalu yg jenis pil gamoknyer muntah terus kut...

Isnin, Jun 21, 2010

Azab meninggalkan solat fardu

salam isnin..
haha cane korang semayang penuh x?ada org semayang x cukup...bila rase nak semayang dia semayang tp bila dia rase malas..mmg x semayangla jawabnyer...jamang dulu-dulu kala ada gak cik dah culas..biasanyer subuh la..asik kantoi jer..kadang2 subuh gajah.asik kena sound ngan ma jerk..tp alhamdulillah sejak berkahwin mmg semayang sungguhla..kewajipan tu..tp klau perati org lain relaks jer x semayang..x rase panas punggung ker?..semayang ni tiang agama..bila kiter dah semayang ati tenang..nak buat ape2 pun senang jer...rezeki yg masuk pun mudah jerk...insyaallah..so jgn la culas2 semayang yek...

Azabnyer kalau ...

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

~p/s..skg ni budak kecik umur 2 3 tahun dah pandai nak semayang..walaupun dorg x tau pape pun..dorg ikut step yg kiter selalu buat..sejuk ati kan tgk anak2 kiter kecik2 nak semayang...


sumber:ohislam

Ahad, Jun 06, 2010

Fibroid

Baru-baru ini cik dah dikhabarkan ttg rakan sekerja cik dah yg tgh preknen 6 bulan stgh mengalami ketumbuhan dlm rahim..so mmg sedih sgt2..walaupun x wape rapat tp turut bersimpati dengannya..kawan cik dah selamat di operate ari jumaat lepas.. tetapi anak yg dikandungnyer x dapat diselamatkan disebabkan ketumbuhan itu..citer selanjutnyer x tahu lagi..ni pun baru dengar khabar2 angin rakan sekerja yg sempat melawatnyer..harap dia tabah..ok jom kiter baca tentang ketumbuhan @ fibroid ini dulu yek kawan2... FIBROID, sejenis masalah ketumbuhan di dalam rahim selalunya dikaitkan dengan wanita berusia 30 tahun ke atas. Bagaimanapun, ia sebenarnya juga boleh dialami wanita yang lebih muda.Malah, hakikatnya, ada banyak kes fibroid dikesan membabitkan kalangan gadis berusia muda, termasuk seawal 19 tahun. Apa yang penting, fibroid bagaimanapun bukanlah barah dan ia dianggap antara masalah kesihatan yang kerap ditemui di kalangan wanita. Namun, perlu diingat, dalam kebanyakan kes fibroid tidak mendatangkan masalah atau simptom menyebabkan ada wanita yang tidak menyedari kehadirannya.Fibroid dikesan dalam pelbagai saiz, dari sekecil biji kacang atau mungkin sebesar buah tembikai dengan berat dua atau tiga kilogram. Fibroid yang besar boleh menyebabkan pesakit kelihatan seperti wanita hamil.Bagaimanapun, fibroid sukar dikesan kerana ada kalanya ia tidak mendatangkan rasa sakit. Justeru, apa yang menyedihkan, seakan sudah menjadi suatu senario biasa apabila fibroid ini hanya dikesan pada peringkat yang sudah kritikal.Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, berkata fibroid yang dikesan pada peringkat awal sebenarnya boleh ditangani dengan lebih mudah.Namun, sikap tidak prihatin pada kesihatan tubuh sendiri menyebabkan ada wanita yang lewat mendapatkan rawatan.Kata Dr Nor Ashikin, sepanjang pengalamannya, beberapa kali dia melakukan pembedahan terhadap wanita muda yang berhadapan dengan masalah fibroid.Apa yang mengejutkan, saiz fibroid wanita muda itu tubuh bukan sebesar biji kacang tetapi mencecah sebesar sebiji tembikai dengan berat dua hingga tiga kilogram.“Sayangi badan sendiri. Jangan hanya selepas berkahwin atau melahirkan anak baru hendak menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, imbasan pelvik, ujian lumuran pap, mamogram sepatutnya berada dalam rejim pemeriksaan kesihatan,” katanya.Tambahnya, mengambil berat mengenai tubuh badan sendiri amat penting kerana fibroid boleh dikesan pada peringkat awal. Namun, kebanyakan pesakit yang datang kepadanya sudah berada dalam fasa yang teruk. Justeru, ada antara mereka yang tidak punya pilihan melainkan pembedahan membuang rahim. Pilihan itu menutup peluang pesakit untuk hamil apabila berkahwin. Bagaimanapun ada juga pesakit yang berjaya diselamatkan daripada membuang rahim. “Wanita perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri kerana ada kalanya fibroid tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jangan pandang ringan pemeriksaan kesihatan. “Perlu diingat, pemeriksaan kesihatan bukan hanya untuk wanita yang sudah berkahwin atau sudah melahirkan anak saja, tetapi mereka yang masih muda juga tidak terkecuali,” katanya.Dr Nor Ashikin berkata, fibroid mengambil masa yang lama untuk membesar hingga mencapai saiz sebesar tembikai misalnya. Justeru, setiap perubahan pada diri terutama jumlah hari didatangi haid, pendarahan yang berpanjangan, kekerapan sembelit adalah antara simptom-simptom umum fibroid.Lazimnya, fibroid terbentuk dalam sel dinding rahim. Ketumbuhan dalam dinding rahim ini pula jarang menunjukkan sebarang simptom jika ia kecil. Namun fibroid boleh juga tumbuh di lapisan rahim. Apabila ia membesar, ketumbuhan itu boleh meregang hingga ke endometrium (lapisan membran rahim) menyebabkan pendarahan haid yang banyak. Bagaimanapun, secara umumnya, fibroid tidak menyebabkan masalah atau memerlukan pembedahan jika ia dikesan di peringkat awal. Terapi perubatan dan prosedur pembedahan boleh mengecutkan atau membuang fibroid jika pesakit berasa sakit atau simptom yang tidak menyenangkan.Sebab atau punca sebenar wujudnya fibroid tidak diketahui, namun dipercayai ia ada kaitan dengan hormon estrogen. Apabila seseorang itu putus haid, estrogen tidak lagi terhasil dan ketika itu, fibroid bukan saja mengecut malah boleh hilang dengan sendirinya.Fibroid yang besar saiznya menyebabkan rasa sakit, sembelit, kerap buang air kecil, kesakitan waktu datang bulan dan kedatangan haid yang tidak teratur.Sementara itu laman kesihatan di internet, Mayoclinic menjelaskan, disebabkan fibroid secara lazimnya terjadi pada usia melahirkan anak, menjadi kecenderungan wanita untuk tahu tentang peluang hamil selepas didiagnos dengan fibroid.Fibroid selalunya tidak menganggu kehamilan tetapi ia mungkin menjejaskan kesuburan. Ia mungkin menyekat tiub fallopian, menganggu laluan sperma daripada pangkal rahim ke tiub fallopian. Manakala fibroid jenis ‘submucosal’ (Fibroid yang tumbuh di ruang dalam rahim) menghalang pertumbuhan embrio.Malah penyelidikan mendapati wanita hamil yang dikesan dengan fibroid meningkatkan sedikit risiko untuk mengalami keguguran, melahirkan anak pra matang dan lain-lain masalah berkaitan kehamilan.Namun, komplikasi itu sebenarnya bergantung pada saiz fibroid, bilangan dan lokasi. Biasanya fibroid jenis submucosal lebih menyebabkan masalah.Selalunya pendarahan berlebihan waktu haid adalah simptom paling biasa untuk fibroid. Jika tumor itu dekat dengan lapisan rahim atau mengganggu aliran darah di situ, ia akan menyebabkan rasa sakit ketika haid, darah haid yang banyak atau haid yang berpanjangan.Perempuan dengan pendarahan berlebihan disebabkan fibroid mungkin berhadapan dengan masalah kurang darah (anemia).Fibroid bagi setiap wanita juga berbeza. Justeru rawatan juga tidak sama dan bergantung kepada simptom, saiz, bilangannya dan kedudukannya. Ada banyak cara untuk menangani fibroid tetapi bukan semua rawatan disarankan untuk setiap pesakit. Perlu diingat, fibroid bukan barah dan rawatannya bergantung kepada tahap serius, simptom yang anda alami, usia anda dan saiz dan kedudukan fibroid.

Ahad, Mei 30, 2010

Cara Mandi hadas (mandi wajib)

Macamana kah cara mandi wajib lelaki yang betul? ada kah menggunakan hos sambil berniat membersihkan badan dikira sah sebanyak tiga kali dilakukan..terima kasih..
Jawapannya Terlebih dahulu saya berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa : “Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”. Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6) Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut. Perkara-perkara yang mewajibkan mandi
  1. Bertemu dua khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  2. Keluar mani walaupun sedikit.
  3. Mati melainkan mati syahid.
  4. Keluar haid bagi perempuan.
  5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  6. Wiladah atau melahirkan anak.
Fardhu mandi Pertama : Niat
Kedua : Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan. Ketiga : Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur. Cara mandi
  1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.
  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur.
  4. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  5. Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  6. Setelah selesai semua di atas, alirkan air sebanyak tiga kali di tubuh badan sebelah kanan. Kemudian alirkan air sebanyak tiga kali sebelah kiri. Terakhir alirkan air di semua tubuh badan dari kepada hingga kakai sebanyak tiga kali berturut-turut.
  7. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
  8. Ingatan lagi, batal mandi orang yang menyentuh kemaluan sendiri sama ada qubul atau dubur ketika mandi. Lapikkan dengan kain atau apa-apa alat yang boleh menghalang tapak tangan menyentuh qubul atau dubur ketika hendak menyucikannya.
Just nak sharing ape yg cik dah baca kat blog ustaz nor amin tentang cara mandi hadas.Kalau mandi itu salah tetapi memang kita jahil dan tidak tahu peraturan mandi hadas, tidak mengapa dan perlu memohon taubat kepada Allah. Kiter perlu pergi mengaji untuk menambah ilmu agama di dada terutamanya berkaitan ibadah. Takut selama ini apa yang kita buat tidak betul. Setelah mengetahui cara mandi hadas yang betul, maka perlu melakukan mandi hadas yang betul dan tinggalkan cara mandi yang lama. Jika anda buat juga maka mandi anda tidak sah.