Ahad, Jun 06, 2010
Pelangi Petang..
Pelangi merupakan salah satu pemandangan indah yang jarang2 kita lihat. Ia ada prosesnya tersendiri menyebabkan pelangi terjadi. Jika lihat bentuk pelangi yang melengkung di langit biru tu muncul oleh kerana pembiasan dari sinar matahari ketika hujan. Biasanya pelangi dapat dilihat di kawasan pergunungan, ketika mendung atau selepas hujan yang beru berhenti. Pelangi merupakan satu2 nya gelombang elektro magnetik yang dapat kita lihat. Ia terdiri daripada beberapa spektrum warna seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu yang hanya boleh dilihat dari mata kasar..Warna merah memiliki panjang gelombang yang paling besar manakala ungu pula memiliki panjang gelombang yang paling kecil. Kalau hendak mudah, cuba amati ketika sinar matahari mengenai cermin, tepi gelas prisma atau atas permukaan buih sabun. Di sini juga kita dapat melihat pelbagai warna menerusi cahaya ini. Sebenarnya pelangi terjadi ketika cahaya putih dibiaskan dan pada ketika itulah gelombang cahaya yang dilihat oleh mata kita menampakkan pelbagai warna ini wujud. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis2 parallel dan tiap2 warna akan membias dengan warna di sebelahnya. Pita ini dinamakan spektrum. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu hujung dan ungu pula di sisi yang lain di mana ia ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang.Ketika melihat pelangi, ia sama je bila kita melihat spektrum warna. Lebih jelas lagi ialah pelangi adalah spektrum warna yang melengkung besar disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari. Ketika cahaya matahari memancarkan pada titisan air, ia sama seperti menembusi prisma kaca. Jadi di dalam titisan air ni kita sudah mendapatkan warna yang berbeza dari satu ke satu titisan air yang lain.
ini adalah gambar pelangi yg sempat cik dah snap dr lam kete..so x wape jelas sgt sbb pakai henpon jer..so eksaited gitu bila dpt tgk pelangi...fenomena ini cik dah lihat ptg smlm masa blk kenduri dr Kota bharu..tetiba hujan dipetang hari..hujan panas org pggl..tu yg pelangi muncul...hahha masa cik dah snap picas ni asben ngan kakak siap gelak lg..haha dorg bukan tau cik dah nak masukkan dlm blog...kui..kui..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 kabo mende gok:
pemandangan yg indah..
Catat Ulasan