Ahad, Jun 06, 2010

Fibroid

Baru-baru ini cik dah dikhabarkan ttg rakan sekerja cik dah yg tgh preknen 6 bulan stgh mengalami ketumbuhan dlm rahim..so mmg sedih sgt2..walaupun x wape rapat tp turut bersimpati dengannya..kawan cik dah selamat di operate ari jumaat lepas.. tetapi anak yg dikandungnyer x dapat diselamatkan disebabkan ketumbuhan itu..citer selanjutnyer x tahu lagi..ni pun baru dengar khabar2 angin rakan sekerja yg sempat melawatnyer..harap dia tabah..ok jom kiter baca tentang ketumbuhan @ fibroid ini dulu yek kawan2... FIBROID, sejenis masalah ketumbuhan di dalam rahim selalunya dikaitkan dengan wanita berusia 30 tahun ke atas. Bagaimanapun, ia sebenarnya juga boleh dialami wanita yang lebih muda.Malah, hakikatnya, ada banyak kes fibroid dikesan membabitkan kalangan gadis berusia muda, termasuk seawal 19 tahun. Apa yang penting, fibroid bagaimanapun bukanlah barah dan ia dianggap antara masalah kesihatan yang kerap ditemui di kalangan wanita. Namun, perlu diingat, dalam kebanyakan kes fibroid tidak mendatangkan masalah atau simptom menyebabkan ada wanita yang tidak menyedari kehadirannya.Fibroid dikesan dalam pelbagai saiz, dari sekecil biji kacang atau mungkin sebesar buah tembikai dengan berat dua atau tiga kilogram. Fibroid yang besar boleh menyebabkan pesakit kelihatan seperti wanita hamil.Bagaimanapun, fibroid sukar dikesan kerana ada kalanya ia tidak mendatangkan rasa sakit. Justeru, apa yang menyedihkan, seakan sudah menjadi suatu senario biasa apabila fibroid ini hanya dikesan pada peringkat yang sudah kritikal.Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, berkata fibroid yang dikesan pada peringkat awal sebenarnya boleh ditangani dengan lebih mudah.Namun, sikap tidak prihatin pada kesihatan tubuh sendiri menyebabkan ada wanita yang lewat mendapatkan rawatan.Kata Dr Nor Ashikin, sepanjang pengalamannya, beberapa kali dia melakukan pembedahan terhadap wanita muda yang berhadapan dengan masalah fibroid.Apa yang mengejutkan, saiz fibroid wanita muda itu tubuh bukan sebesar biji kacang tetapi mencecah sebesar sebiji tembikai dengan berat dua hingga tiga kilogram.“Sayangi badan sendiri. Jangan hanya selepas berkahwin atau melahirkan anak baru hendak menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, imbasan pelvik, ujian lumuran pap, mamogram sepatutnya berada dalam rejim pemeriksaan kesihatan,” katanya.Tambahnya, mengambil berat mengenai tubuh badan sendiri amat penting kerana fibroid boleh dikesan pada peringkat awal. Namun, kebanyakan pesakit yang datang kepadanya sudah berada dalam fasa yang teruk. Justeru, ada antara mereka yang tidak punya pilihan melainkan pembedahan membuang rahim. Pilihan itu menutup peluang pesakit untuk hamil apabila berkahwin. Bagaimanapun ada juga pesakit yang berjaya diselamatkan daripada membuang rahim. “Wanita perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri kerana ada kalanya fibroid tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jangan pandang ringan pemeriksaan kesihatan. “Perlu diingat, pemeriksaan kesihatan bukan hanya untuk wanita yang sudah berkahwin atau sudah melahirkan anak saja, tetapi mereka yang masih muda juga tidak terkecuali,” katanya.Dr Nor Ashikin berkata, fibroid mengambil masa yang lama untuk membesar hingga mencapai saiz sebesar tembikai misalnya. Justeru, setiap perubahan pada diri terutama jumlah hari didatangi haid, pendarahan yang berpanjangan, kekerapan sembelit adalah antara simptom-simptom umum fibroid.Lazimnya, fibroid terbentuk dalam sel dinding rahim. Ketumbuhan dalam dinding rahim ini pula jarang menunjukkan sebarang simptom jika ia kecil. Namun fibroid boleh juga tumbuh di lapisan rahim. Apabila ia membesar, ketumbuhan itu boleh meregang hingga ke endometrium (lapisan membran rahim) menyebabkan pendarahan haid yang banyak. Bagaimanapun, secara umumnya, fibroid tidak menyebabkan masalah atau memerlukan pembedahan jika ia dikesan di peringkat awal. Terapi perubatan dan prosedur pembedahan boleh mengecutkan atau membuang fibroid jika pesakit berasa sakit atau simptom yang tidak menyenangkan.Sebab atau punca sebenar wujudnya fibroid tidak diketahui, namun dipercayai ia ada kaitan dengan hormon estrogen. Apabila seseorang itu putus haid, estrogen tidak lagi terhasil dan ketika itu, fibroid bukan saja mengecut malah boleh hilang dengan sendirinya.Fibroid yang besar saiznya menyebabkan rasa sakit, sembelit, kerap buang air kecil, kesakitan waktu datang bulan dan kedatangan haid yang tidak teratur.Sementara itu laman kesihatan di internet, Mayoclinic menjelaskan, disebabkan fibroid secara lazimnya terjadi pada usia melahirkan anak, menjadi kecenderungan wanita untuk tahu tentang peluang hamil selepas didiagnos dengan fibroid.Fibroid selalunya tidak menganggu kehamilan tetapi ia mungkin menjejaskan kesuburan. Ia mungkin menyekat tiub fallopian, menganggu laluan sperma daripada pangkal rahim ke tiub fallopian. Manakala fibroid jenis ‘submucosal’ (Fibroid yang tumbuh di ruang dalam rahim) menghalang pertumbuhan embrio.Malah penyelidikan mendapati wanita hamil yang dikesan dengan fibroid meningkatkan sedikit risiko untuk mengalami keguguran, melahirkan anak pra matang dan lain-lain masalah berkaitan kehamilan.Namun, komplikasi itu sebenarnya bergantung pada saiz fibroid, bilangan dan lokasi. Biasanya fibroid jenis submucosal lebih menyebabkan masalah.Selalunya pendarahan berlebihan waktu haid adalah simptom paling biasa untuk fibroid. Jika tumor itu dekat dengan lapisan rahim atau mengganggu aliran darah di situ, ia akan menyebabkan rasa sakit ketika haid, darah haid yang banyak atau haid yang berpanjangan.Perempuan dengan pendarahan berlebihan disebabkan fibroid mungkin berhadapan dengan masalah kurang darah (anemia).Fibroid bagi setiap wanita juga berbeza. Justeru rawatan juga tidak sama dan bergantung kepada simptom, saiz, bilangannya dan kedudukannya. Ada banyak cara untuk menangani fibroid tetapi bukan semua rawatan disarankan untuk setiap pesakit. Perlu diingat, fibroid bukan barah dan rawatannya bergantung kepada tahap serius, simptom yang anda alami, usia anda dan saiz dan kedudukan fibroid.

2 kabo mende gok:

AYU berkata... BALAS

kesian kat kawan awak...& tq for good information

cik dah ganu kiter berkata... BALAS

mmg kesian sggh la..dahla alahan masa mula2 preknen,pastu skg kena operate tp anak plk dah xde..