Sabtu, Julai 31, 2010

Dapat anak sedara lagi

Produktif betul kakak cik dah yang sorang ni..Alhamdulillah pagi tadi Kak Ya telah selamat bersalin anak yang ke 9..baby boy ni cucu ayah yang 23..ramaikan..tapi tentu orang lain lagi ramai kan..
Pape pun tahniah cik dah ucapkan untuk kakak..
inilah Kak Ya kakak cik dah yang ke 3..yang laki tu Abdul Wafi 2 tahun anak kakak no 8..

p/s~ Kakak nampak relaks jer anak ramai..tapi cik dah cam mikir pulak nak tambah lagi..yelah keje tak menentu..dapat 2 orang pun rase cam dah ramai jer..sebab 2-2 nyer lasak yang amat..gamat rumah kalau dorang main.


Jumaat, Julai 30, 2010

Menyamar pelajar untuk abadikan dalam YouTube

Ada jugak erk kes camni..dilaporkan dalam paper kosmo 7 bekas pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Melawati ditahan menceroboh kawasan sekolah dikatakan hanya mahu mengambil video kenangan untuk dimuatkan dalam laman Utube..
ish..macam2 budak zaman sekarang..kok ye pun nak ambik video sebagai kenangan bagitahu kat cikgu ke pengetua ker barang seposen dua..ini tidak wat keje tak wape ikhlas tak pasal2 kena tahan polis...
malu yang dapat sebagai kenangan..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
besh jugakkan klau dapat ke alam persekolahan..rindu kat kawan² ,cikgu²
cik dah dulu sekolah kat SMK Ceneh Bharu,Kemaman..
banyak kenangan kat situ..
SMKCB pun dah banyak berubah..
cikgu2 lama seme pakat pindah..huhuhu
yang tinggal cikgu cikgi yang baru jela & 2 3 kerat cikgu cikgi lama..
segan dah nak masuk  SMKCB..tengok kat luar pagar jela jawabnyer...



Khamis, Julai 29, 2010

Ular Dalam Mesin Basuh

EXETER - Seorang ibu di Britain terkejut apabila dia menemui seekor ular sepanjang 1.5 meter melingkar di dalam mesin basuh di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berusia 51 tahun itu, Wendy Foley menemui reptilia tersebut berlingkar di atas timbunan pakaian ketika membuka pintu mesin basuhnya baru-baru ini.
"Saya membuka pintu kaca mesin basuh itu dan ternampak sesuatu. Saya menyangka ia ular mainan yang digunakan oleh kanak-kanak. Namun, ia menjelirkan lidahnya. Sangat menakutkan dan ular itu agak besar. Saya tidak berhenti menjerit," kata Foley.
Dia kemudian menghubungi pihak polis dan persatuan perlindungan haiwan malangnya dia diberitahu bahawa ular tersebut tidak boleh ditangkap kecuali pada keesokan harinya.
Jurucakap persatuan perlindungan haiwan, Jo Barr memberitahu ular itu tidak berbisa dan berbahaya. - Agensi


GAMBAR menunjukkan seekor ular dalam sebuah mesin basuh di rumah Wendy Foley. 
 
Sumber:kosmo
 
♥♥♥♥♥
ish takleh nak bayangkan ular ada dalam mesin basuh kan..cane la dia masuk tu..mintala dijauhkan kejadian ni pada kiter...

Rabu, Julai 28, 2010

I'm Hot Mama

Bukan sebab vogue @ seksi ye hot mama nih..
i'm hot mama bila anak² tak mau dengar cakap
kadang² geram rase nak jerit kat telinga dorang
hahhaha boleh nak buat camtu..
kalau boleh cik dah tak mau ah perasaan marah menghantui 
bila dah marah syaitan suka..
kan..kan...kan..
pahtu mula la sakiti anak²..
mintak² la cik dah dijauhkan dari seme tu..

biasanyer cik dah jadi hot mama bila time balik keje..
penat oii walaupun dok kat opis melangut jerk..
yelah 8 jam dok kat kerusi jerk
pahtu balik rumah cam tongkang pecah
pahtu anak²  bila disuruh wat tatau jerk..
uish masa nilah ati mendidih jerk..

bila malam menjelma time anak² dah tido 
perati jer muka dorang 
terfikir gak dorang ni ingat ke tak la mama dia marah² tadi
anak²  ni penyejuk hati sebenarnya
marah tu sebab sayang..
sape tak sayang anak oii...

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
ginilah kut gaya cik dah bila jadi hot mama..

Gunung berapi nak meletup ker?

gambar sekadar hiasan jer

Apakah perasaan korang bila dengar ada orang kondem2 korang kat belakang?
lebih² lagi orang tu punyer hubungan yang dekat ngan korang
sure panas ati kan...

sedih tu memangla sedih tapi wat biasa² jer..
ikutkan hati memang la rase nak marah
tapi kena banyak bersabar la..
selawat banyak²
insyaallah segala perasaan marah pasti hilang...

Alhamdulillah pagi tadi ada yang sudi mendengar luahan hati cik dah
terus hilang perasaan panas ati tu..
yelah orang pompuan kan cepat melenting
lebih² lagi bila dekat bulan nak mengambang nih...

p/s~duhai hati jauhkan dirimu dari berfikiran negatif..
biarla ape orang nak kata asalkan hidup kiter tak diganggunyer...


Selasa, Julai 27, 2010

oh fatihah insyirah

hati mana yang tak keruan bila melihat anak jatuh kan..seaktif mana sekalipun anak..inilah yang terjadi pada anak dara cik dah..ya ampun lasak giler..tak padan ngan pompuan nih..kalah abg long muizzuddin tau...panjat sana,panjat sini..sesenang dia jer panjat...aduss..tapi kes yang terjadi bukan sebab panjat2 la..si fatihah ni berlari lari pastu jatuh & tersadung bantal kat ruang tamu..ntah camaner dahi dia terhantuk kat kerusi..memang kuat giler ah menangis..cik dah cuak giler bila lihat dahi dia cam terbelah..tapi bila perati takde pulak darah mengalir..
huhuuh..takutt...
inilah rupa dahi orang bertelur plus ada tambi gitu...upah susu terus tak nangis dah..
ni time nak tido...tengok dahi dia tu..toresan panjang tul.harap2 cepat la hilang..


Isnin, Julai 26, 2010

Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi

untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.
Allahuakbar.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w.
bersabda :
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT."

http://www.tranungkite.net

Syanie Sudah Kurus

Korang kenal tak syanie ni..ala pelakon tu yang comey2 cute2 tu..
syanie dah kurus sket dari dulu...dulu 204 kg skrg 127 kg jer..alhamdulillah selepas pembedahan pintasan perut syanie kini selesa dengan penampilannyer sekarang..

gambar syanie yang terkini dipetik dalam mstar...

p/s kalau kiter terlalu gemuk banyak penyakit yang menyinggah..
cik dah berat sekarang 60++kg pun rase tak selesa dah..tengah usaha menurunkan berat ke 55 kg kalau boleh...kuih lipat pun dah banyak ni..huhuuh...


Ahad, Julai 25, 2010

Penyanyi Aizdean lakar nama di Jepun


Korang kenal ke Aizdean ni..hehhe..cik dah pun tak kenal gak..tapi aritu ada la tengok entry kat BeautifulNara...pastu malam tadi tengok Majalah 3..citer tentang si Aizdean ni la...pelajar malaysia yang melakar nama di Jepun..Aizdean ni berhasrat mempromosikan muzik Jepun di Malaysia, selain mempromosikan muzik Malaysia di Jepun.bagusla tu kan

Industri muzik makin berkembang bila muzik Malaysia di bawa ke peringkat antarabangsa...

ntah hape2 cik dah ni kan...

Tetap dihati walau bau nyer mengancam...

Suka ulam-ulaman tak?
sukaaaa..sukaaa...
eh sape yang menjawab tu?
sayaa..sayaa...

kat umah sekarang ada petai,my asben ngan Fil g ambik kat kebun ari jumaat..
fuh memang mengancam kan..biji2 nyer besar2..tapi cik dah tak makan banyak la..
ambik 2 3 biji jer..huhu sbb bau nyer kan mengancam sangat..hehhe..jenuhla nak sental toilet..kui..kui..

bulan lepas fil wat balik jering..cik dah tak wape makan..bagi cik dah rasenyer tak sesedap petai..hahhha..tp last2 ambik gak sikit..tak sampai pun suku biji jering tu...fil walaupun xde gigi tetap gigih makan ulam-ulaman ni..kui..kui...
kerdas pun besh kan tapi susahnyer nak jupe..rasenyer dah lama tak makan kerdas ni..huhuhu...
orang cakap kat kelate banyak ah kerdas ni..ye ke tak dok tahu la..


Sabtu, Julai 24, 2010

wat gape tu...

petang khamis balik dari keje cik dah paksa rela muizzuddin bukak sarung kusyen..haha sape suh munggah kusyen..asal cik dah balik keje..berterabur kusyen atas lantai..kadang dah kemas leklok tak dan 5 minit bersepah semula..biasala kalau kerusi camtu memang tak lekat la kusyennyer..dapat anak pulak yang suka mengemas..hahhha..layan je la erk aksi dorang ni..sorang tolong mamanyer yang sorang lagi bukan main seronok wat kusyen tu congek cakdung...habis mamanyer tolong wat ape yek...tolong tengok jer..

p/s cik dah tengah praktik guna photoscape ni..orang laen dah lama kedepan,cik dah baru nak mulakan..takpelah lambat pun asalkan pandai guna...thanks to rina coz sudi ajar guna photoscape ni..baru cantik kan gambar camni...


Khamis, Julai 22, 2010

Frontierville

Penangan game difacebook..
kali ni bukan farmville sebab dah lama cik dah menjauhkan diri dari farmville..
bosan dekpong
kali ni cik dah tengah gigih bersihkan hutan jadikan penempatan pulak..
besh jugak hinggakan rakan2 opis turut penasaran..
sanggup sign up facebook sebab terpengaruh ngan cik dah..hehhhe..

inilah dia hutan yang baru sikit dibersihkan...seronok main..tapi kena ingat nak main game pun settle kan dulu keje yang selambak tu yek..kang tak pasal2 bos jeling2 nanti...

p/s RINA cane besh tak game ni..hehhhe

sesape yang ada facebook & nak kawan ngan cik dah dipersilakan...

Pengat Durian + Nasi Putih

Perhatian..perhatian
sekarang musim durian so macam2 leh buat...
ada orang wat pengat,cekodok,makan gitu2 jer
tapi ape yang cik dah suka kalau durian tu makan ngan pulut + santan gitu2 jer..sedap..
tapi tak terbuat pun lagi...
balik keje petang semalam mak mertua buat pengat durian tapi pulutnyer ngak ada..hehhhe..
so pilihan yang ada makan ngan nasi putih...ok gak dok la muak sangat...
korang pernah try ker..hehhe..
uii anak2 cik dah suka benar makan pengat durian tu...
seb baik mak mertua cik dah rajin masak2..
kenyang perut anak beranak...
nak harapkan cik dah rasenyer tak terbuat kot..

p/s..cekodok durian tu org belah utara selalu buat kan..sedap gak...
pestime makan masa pegi umah mak mertua kakak kat tanjung malim..



Baby Putih Mak Pak Orang Itam


LONDON: Sepasang suami isteri kulit hitam terkejut apabila anak bongsu mereka dilahirkan dengan sifat berbeza sama sekali - berkulit putih, bermata biru dan berambut perang.
Selepas diperiksa, bayi perempuan itu, Nmachi Ihegboro (bermaksud Keindahan Tuhan), didapati normal dan bukannya menghidap penyakit albino.
Bapanya, Ben, 44, berkata dia dan isterinya, Angela, amat terkejut dan sekadar mampu memerhatikan Nmachi selepas dia dilahirkan.
Bagi Angela, 35, anak bongsunya itu dianggap ‘bayi ajaib’.
Kata Ben, apabila kali pertama melihat Nmachi, dia bergurau dan bertanya: “Benarkan dia anak saya?” “Sebenarnya, perkara pertama yang terlintas di kepala ketika itu adalah pertanyaan - di mana silapnya?” Namun, katanya, rasa tertanya-tanya itu segera hilang selepas melihat Nmachi dikelilingi abang dan kakaknya - semua berkulit hitam - di rumah mereka di London Selatan.
Katanya, dia yakin Nmachi memang lahir sebagai darah dagingnya.


p/s~setiap kejadian ada hikmahnyer..



Rabu, Julai 21, 2010

Rindu Kamu Sayang Kamu

Ceh macam tajuk lagu black jer kan..hahhha
masa balik besut ari selasa lepas cik dah dapat jupe nenek..
mak kepada arwah ma cik dah..lama dah cik dah tak jupe nenek..
sebabnyer nenek cik dah tinggal kat johor sama ngan mak sedara..
tu yang susah nak jupe..ni pun kebetulan mak sedara antar nenek balik teganu..
ari khamis nanti nak balik johor semula...
bila tengok nenek ni mula cik dah teringat,rindu kat arwah ma..
4 tahun dah arwah pegi..

inilah nenek cik dah...huhuhu..dia dah tak cam cik dah..sadis sungguh..bila bagitahu cik dah anak ayah seng & esah baru ye ingat...tu pun ingat gitu2 jerk..takpelah cik dah faham nenek dah tua,asik sakit jerk..

ini pulak arwah ma..ramadhan datang lagi..pasti hati cik dah sayu bila ramadhan datang..
arwah ma meninggal masa bulan ramadhan...

p/s~cik dah dokleh ah nak citer pasal arwah ma panjang2..kang meleleh airmata ...


Jalan Jalan Cari Pasal

Selamat Pagi seme
Letih tul la wase arini,semalam kan cuti seperti yang dijanjikan cik dah balik umah kakak kat besut
cari durian & makan durian..masuk semak kutip rambutan yang anak sedara panjat..memang letih sekali..masuk opis arini lemau jer rase..
Ape yang cik dah suka sekali,muizzuddin ngan fatihah happy dapat jupe sepupu2 dia yang ramai tu..jangan tak tahu kakak cik dah sekarang tengah sarat preknen anak yang ke 9...huhuhu
main sampai lupa nak makan dorang tu..sampai umah tak sempat makan malam dorang dah terbongkang depan tv..letih sangat main...
jalan jalan cari pasal kali ni xdok gambar la pulak..malas nak snap2..huhuhu..

p/s~entry pagi ni tak wape segar la sbb tuan dia letih benar...


Selasa, Julai 20, 2010

Selamat bercuti untuk orang terengganu

selamat bercuti untuk orang2 yang bekerja kat teganu..yihaa..yihaa
cik dah pun cuti gak..so entry ini adalah entry autopublish yek..
cuti ni adalah sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu..
insyaallah arini nak balik besut makan woh durian..
nok beli durian tengoh mahal lagi ni..sebutir rm10..
sayang tol la..skali buah dok molek..rugi kan..
balik kampung ooo balik kampung
yihaa..yihaa..

walaupun cuti hanya sehari tapi amat bermakna untuk cikdah sbb asik keje jer..penat oii..
nak main ngan anak pun xde masa..dah cuti ni lehla bawak anak2 jupe sepupu dorang kat besut tu..


Isnin, Julai 19, 2010

Arini Raya..

Cik Dah nak siapkan brekpes pagi semalam..ala wat nasi goreng ngan goreng kepok keping jer..
skali anak bujang cik dah cakap "ma,arini raya kang?'..mungkin masa tu dia tengok cik dah dok prepare ape nak masak kut..
ish budak ni,cik dah jawab balik "raya kemendenyer,pose dok lagi la"
katanyer lagi "kang pose doh"
hahha ni kes mama pose gantila ni yek!tak pasal2 anakanda nak raya dah..huhuhu..

alhamdulillah pose ganti dah settle,lehla wat persedian nak sambut ramadhan tahun ni pulak..
sambil2 tu boleh dah soping baju anak2..



Ahad, Julai 18, 2010

Today Is Sunday

Sunyi sepi jer arini kawan2 blogger seme..almaklumlah orang bercuti ari minggu..
pantai timur semestinya keje la arini..huhuuh..cik dah pulak dari ari sabtu lagi keje nyer
6 ari seminggu keje..ape boleh buat..tak keje takdelah gaji..
facebook pun sama suram jer..skala gak masing2 suka benor apdate status yang ntah pape..
Selamat berhari minggu yek utk kengkawan yang off keje...
CIk Dah nak sambung keje pulak la



Sabtu, Julai 17, 2010

ai terlalu berkire ker?

sakni cik dah g Emporium Hock Kee Seng Gong Badak time lunch hour..ala dekat jer ngan opis mencari susu fatihah yang hampir kehabisan...Fatihah minum susu Dumex Dugro skang...so masuk HKS mmg tuju kat bhgian susu jelah malas nak meninjau sbb beg duit tengah menipis skg..huhuuh..nak dijadikan citer dah lama dah perasan mende ni tau..susu yang cik dah beli tu tak sama harga yang ditampal ngan yang discan..cane tu?huhuuh..mesti ramai dah yang terkena tapi tak perasan kan..cik dah lama dah perasan & pernah gak bertanya..katanyer salah tampal harga..itu bulan 12 tahun lepas...dah tu takkan sekarang pun salah letak harga lagi..
masa scan tu cik dah tanya cashier tu nape tak sama..dgn mudahnyer dia cakap tak tahu..tapi cik dah malas nak tunggu lama cik dah snap gmbr harga tu ngan henpon pahtu terus blah..
ni hah bukti harga yang ditampal tapi resit harga lain yek..tambah lagi 20 sen..
cik dah beli yang 650gm jer sebenanrya..bertahan ah seminggu lebih..fatihah tak minum susu banyak..dia banyak makan mende lain..keje nyer makan jerk..cik dah malas nak beli stok byk2..lagipun pasaraya dekat jer..naik motor 5 minit jerk...

kalau korang wat cane erk..report ker?

Mek Wook kembali ceria..

Ingat tak citer tentang Mek Wook yang berumur 108 tahun dari teganu tu...yang berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinyer...alhamdulillah kehidupannyer kembali ceria pabila suami nyer Mohd Noor,39 tahun dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Besut, kelmarin..
kalau tengok gambar tu memang gembira Mek wook atau lebih senang kiter panggil tok la..harap2 Mohd Noor tu leh la jaga tok tu sebaik mungkin..yela sbb tok tu kan warga emas...
TANDA KASIH…Mek Wook berpelukan dengan Mohd Noor di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah, semalam.


p/s~ seteguh manakah cinta sejati kiter ngan pasangan kiter?


Jumaat, Julai 16, 2010

ghaw..ghaw..bau dier..

Musim buah kembali lagi..kat teganu ni durian dah luruh...
rambutan pun dah hampir masak...
tapi yang sedihnyer lum dapat lagi makan durian yang fresh..
kami takde kebun durian..nak beli mahal lagi skang..
rm 10 sebijik..kecik jer..pahtu Johor mali la...
Last day kakak cik dah yang dok kat besut tepon suh balik 
besut tu kampung kelahiran ayah and arwah ma..
so sekarang kakak yg no 3 dok situ...
katanyer durian doh luruh..
ayaya eksaited la pulok nak balik makan...tapi bukan arini la
20hb ni teganu cuti sempena besday sultan..insyaallah bolehla balik makan durian..
korang pandai ke kopekkan durian tu?
cik dah bolehla klau kulit dah merekah..kah..kah..
tapi klau kulit yang ijo lagi tu..mintak maap la yek..
memang kebulur la jawapnyer sape yang nunggu..kui..kui...
isi durian yang camaner korang suka?
cik dah suka kaler kuning susu tu..isi dia lembik
my asben suka kaler kuning terang..isi daging ayam katenyer..

kat umah sekarang ni ada rambutan jer..baru kuning sikit2
belum pun merah kami2 ni yang tak wape penyabar ni makan jer walaupun tak wape masak lagi..
dalam banyak banyak buah cik suka buah manggis..
umah ayah kat neram 1 banyak tanam buah setor (manggis) kat depan umah..
tapi sekarang tak masak lagi rasenyer...
harap-harap raya nanti bolehla makan...

 gambar durian wat pengubat...
sumber: google image
sebab lum dapat makan lagi buah fresh...



Khamis, Julai 15, 2010

Ada Apa Pada Nama


MUHAMMAD MUIZZUDDIN
MuhammadPraised; the name of the Prophet - pbuh
MuizzuddinPenyokong agama

MUHAMMAD MUIZZUDDIN
MMesra
UUntung
HHarum
AAmanah
MMenawan
MManis
AAlim
DDinamik
MMurah hati
UUlung
IIkhlas
ZZingy
ZZingy
UUtuh
DDedikasi
DDedikasi
IIdealistik
NNaif
Apa ada pada nama?

FATIHAH INSYIRAH
FatihahPembuka
InsyirahKegembiraan, Kelegaan hati


FATIHAH INSYIRAH
FFleksibel
AAmanah
TTulus
IIkhlas
HHarum
AAlim
HHarum
IIdealistik
NNaif
SSuci
YYakin
IIntuitif
RRamah
AAbadi
HHarum
Apa ada pada nama?



Batas-Batas Dalam Berhias

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

Riwayat Ibnu Mas’ud
Huraian :
i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T.
Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah Harus manakala mengubahnya adalah Haram.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


P/S...Kening cik dah x wape lebat...so cane nak cabut erk...mmg tak pernah cabut pun..
dulu masa form 5 ustaz tengah ngajar bab cukur kening,matanyer menjeling cik dah..
terdetik dihati cik dah ni ustaz ni mgkin mengata cik dah cukur kening...padahal memang kening xde..huhuhuhu..korang x caye tgkla picas kat bawah ni..sekerat jer ada..kui..kui...